
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2023, 18.00 – MARRYBROWN, satu nama makanan ringan yang tidak asing lagi di Malaysia mahupun didunia. Marrybrown ini sebenarnya merupakan produk Malaysia. Berasal dari Johor. Marrybrown ini ditubuhkan oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina pada tahun 1981.
Macam mana boleh dapat nama Marrybrown? Menurut pengasasnya Nancy Liew, nama tersebut muncul dimindanya begitu sahaja. Peluang perniagaan yang menarik dan senang untuk dikembangkan pada masa itu serta mengikuti cita rasa rakyat Malaysia, Dato Lawrence Liew and Datin Nancy Liew telah mengunakannya untuk mencipta idea mereka sendiri berdasarkan citarasa masyarakat majmuk di Malaysia.
Macam mana boleh dapat nama Marrybrown? Menurut pengasasnya Nancy Liew, nama tersebut muncul dimindanya begitu sahaja. Menurut Nancy, Marrybrown senang untuk disebut dan mempunyai tarikan internasional. Disebabkan itu, Nancy telahpun meletakkan matlamat jangka masa Panjang dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Marrybrown miliknya itu mampu bertapak di luar negara.
Beliau menambah bahawa kebanyakan jenama makanan segera antarabangsa cenderung untuk mempunyai tiga suku kata seperti KFC, Burger King dan McDonald’s. Semasa Merrybrown masih diperingkat untuk dikembangkan, francais ternama yang lain telah pun bertapak lama di Malaysia iaitu lebih kurang 10 tahun. Disebabkan itu Nancy dan pasangannya mahukan sesuatu yang berlainan dari apa yang dapat dirasakan dari produk lain. Oleh itu, selain ayam goreng dan burger mereka turut menyediakan kegemaran tempatan seperti satay, nasi goreng, nasi lemak dan bubur.
Ada pendapat mengatakan, di Asia, kebanyakan keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar menjadikan aktiviti keluar bersama keluarga untuk makan adalah satu hobi. Maka itu, mereka mencipta menu tiga generasi supaya pelbagai lapisan generasi boleh menikmatinya bersama-sama.
Kini, produk Malaysia ini mempunyai 500 cawangan di 16 buah negara seperti di Singapore, Sweden, Maldives, India dan Afrika. Selain burger dan ayam goreng, Marrybrown juga ada menyediakan makanan yang disukai oleh warga tua yang tidak biasa dengan makanan seperti ayam goreng dan burger iaitu nasi dan mee. Ini kerana terdapat warga tua yang tidak boleh makan tanpa nasi atau bubur nasi.
#PrezCom