Kuala Lumpur, 29 Oktober 2023, 13:10 – KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor. Perincian lanjut mengenai penahanan itu akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.
“Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.
Sementara itu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad JIPS akan membuka kertas siasatan berhubung tangkapan oleh SPRM itu bagi mendapatkan maklumat yang tepat bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Memetik sumber, ketiga-tiga yang ditahan berusia di antara 36 hingga 54 tahun dan terdahulu, media melaporkan, seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan SPRM kerana disyaki terbabit isu rasuah berkaitan ujian saringan air kencing pesalah.
#PrezCom