Kuala Lumpur, 29 Oktober 2023, 16.00. – UNTUK membantu golongan suri rumah, kerajaan telah memperkenalkan skim i-Suri KWSP yang memberikan sumbangan bulanan sebanyak RM480 kepada mereka yang layak. Melihatkan golongan suri rumah di malaysia harus dibantu, beberapa kerajaan negeri sudah tampil dengan idea bantuan suri rumah b40 2023 baik di Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur Kl, Terengganu, Kelantan, Perlis, Putrajaya Kedah, Pulau Pinang Penang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan juga Melaka bagi tahun 2023.

Tahukah anda, sekarang ini banyak yang terpaksa mengikat perut dek kerana bahana COVID 19 ini yang terpaksa dipikul sang suami. Akhirnya yang terkesan isteri dan anak anak juga akhirnya.Ada yang pada asalnya sudah ada kerjaya, Tetapi disebabkan komitmen pada penjagaan keluarga menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi hanya suami sahaja yang keluarga mencari rezeki.

Bantuan Suri Rumah RM480 – Pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkenaan mengikut bidang kuasa dan sasaran masing-masing. Untuk mendapatkan bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Kami akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan cara-cara untuk memohon bantuan ini di bawah.

Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah RM480.

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

Merupakan Warganegara Malaysia

Individu adalah merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.

Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)

Individu belum mencapai umur 60 tahun.

Cara Permohonan Bantuan Suri Rumah.

Untuk mendaftar, sila kunjungi cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda dan bawa borang permohonan yang boleh didapati di pautan ini:

MyKad
Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) – DI SINI
Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran) – DI SINI
Faedah i-Suri KWSP

Berikut meruapakan faedah i-Suri KWSP yang dikongsikan:

Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
Individu Menerima dividen tahunan KWSP
Bantuan Kematian sebanyak RM2500
Untuk mendapatkan insentif kerajaan, anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa:

Individu merupakan seorang isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
Individu belum mencapai umur 60 tahun

Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Cara Pembayaran

Bayaran secara tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Bayaran melalui tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
Tambahan: Untuk separuh tahun pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun, KWSP akan menuntut sumbangan kerajaan berdasarkan caruman ahli. Ahli akan menerima sumbangan ini dalam akaun mereka selepas kerajaan membayarnya kepada KWSP. Sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 (Akaun Persaraan) dan Akaun 2 ahli.

Siapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP

Diri sendiri (Isteri)
Suami kepada pasangan yang layak.

TAMBAHAN: Untuk suri rumah, anda hanya layak untuk satu insentif sahaja pada setiap masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu menamatkan pendaftaran anda terlebih dahulu sebelum memohon i-suri yang baru.

,,Maklumat Lanjut:
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

#PrezCom