Kuala Lumpur, 28 Oktober 2023, 05.06 petang – BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Tindakan sebahagian besar pemilik syarikat pengawal keselamatan di negara ini dipercayai memajakkan lesen perkhidmatannya kepada pihak ketiga perlu ditangani segera oleh kerajaan. Sekiranya dibiarkan berlarutan kerana perbuatan itu mendatangkan risiko yang berimpak tinggi kepada industri keselamatan negara.

Tindakan itu dibuat kerana ingin mengaut keuntungan yang mudah tanpa perlu menjalankan perniagaan sendiri dengan hanya menyewakan lesen kepada pihak lain untuk melakukan penugasan kawal keselamatan. Terdapat pemilik Syarikat Keselamatan yang menyewakan lesen kemudian lesen tersebut disewakan lagi kepada syarikat lain sehingga menggajikan perkerja dengan gaji ke tahap paling minimum. Perkara itu telah meletakkan kualiti syarikat kawalan sangat rendah. Musa membuat kenyataan ini semasa Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Industri Keselamatan Selangor & Wilayah Persekutuan (SWISS) di Seri Kembangan Selangor.

Ada yang tangkap muat, termasuk ambil warga asing selain daripada yang dibenarkan kerajaan iaitu warganegara Nepal. “Malahan, terdapat daripada syarikat mengabaikan tapisan keselamatan sebelum mengambil mereka sebagai pekerja,” katanya. Di sebabkan pengambilan pengawal keselamatan yang tidak memenuhi syarat seperti yang dikehendaki, kualiti pemilihan pengawal keselamatan juga tidak dilaksanakan mengikut kriteria-kriteria tertentu.

Musa yang dilantik sebagai pengerusi SWISS buat kali pertama berkata, penubuhan pertubuhan ini bukan untuk bersaing dengan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) tetapi membantu entiti itu untuk memartabatkan lagi industri keselamatan negara.

SWISS akan menekan ciri-ciri kepimpinan untuk pengawal keselamatan agar lebih berdaya saing sambil memperkenalkan teknologi dan inovasi keselamatan selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan memberikan pendidikan serta latihan berterusan.

Sehingga kini terdapat beratus pengawal keselamatan warga asing yang berkerja untuk syarikat-syarikat keselamatan di Malaysia. Mungkinkah pemilik sebenar syarikat keselamatan tempatan telah menyewakan lesen mereka kepada warga asing ? Tindakan perlu diambil keatas mereka kerana membiarkan warga asing menggunakan lesen peniaga tempatan untuk membuat keuntungan dan membiarkan kualiti keselamatan negara berada ditahap paling rendah

#PrezCom