Kawalan Keselamatan Ke atas Perdana Menteri Dipertingkatkan.

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2023, 10.31 pagi – SUSULAN dari kelantangan suara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Palastin, berbagai ungutan telah diterima oleh beliau. Untuk itu Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) telah mempertingkatkan keselamatan ke atas PM demi memastikan tidak ada pihak yang akan mendatangkan bahaya kepada beliau. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini.

Dalam kenyataan ringkas yang dibuat oleh Tan Sri Razarudin kepada agensi berita Bernama, kawalan keselamatan Perdana Menteri menjadi keutamaan beliau dan PDRM. Walau bagaimanapun menurut Tan Sri Razarudin, ugutan itu mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara. Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai pendedahan PM yang telah menerima ugutan dari pihak luar negara susulan ketegasannya mengenai nasib rakyat Palastin yang ditimpa bencana akibat serangan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat beliau pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil. Di dalam perhimpunan tersebut beliau dengan tegas berkata, Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Sebagai menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap rakyat Palestin, perhimpunan Malaysia Bersama Palestin tersebut telah berjaya menyatukan berbagai kaum dengan berbagai latar belakang agama bergema umpama ” pembesar suara” mengutuk tindakan kejam Israel terhadap Palestin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tan Sri Razarudin berkata, perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawal dengan kawalan rapi oleh 300 anggota PDRM.

#PrezCom