Kuala Lumpur, 28 Oktober 2023, 11:00 am – EC Team, sebuah agensi jualan Coway yang berjaya dalam arena penjualan baru-baru ini telah melakar sejarahnya dengan berjaya memperkasakan semangat keusahawanan dalam kalangan ahlinya melalui program ‘EC Team Recharge All Stars’. Program tersebut telah melibatkan penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri dari kalangan ahli kumpulan berprestasi tinggi (High Performane Team, HPT) organisasi itu. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu dari 25 hingga 26 Oktober di Villa D’Acqua Resort, Masjid Tanah, Melaka.
Tujuan program ini adiadakan dalah untuk meraikan kejayaan ahli-ahli pasukan dan memberi dorongan kepada peserta dalam menghadapi cabaran serta usaha untuk mencapai matlamat jualan mereka menjelang Disember 2023.
Program dua hari ini dimulakan dengan himpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dalam konflik Palestin-Israel pada pagi hari pertamanya. Peserta program telah berkumpul dan bersatu dalam pendirian mereka yang mengecam kezaliman Zionis Israel yang telah merampas ribuan nyawa penduduk Palestin tanpa belas kasihan.
Selepas itu pada petangnya pula, program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan yang bertujuan untuk mempereratkan hubungan antara ahli EC Team seraya memelihara perpaduan ahli dalam pasukan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah permainan pembinaan pasukan dan aktiviti riadah yang bertujuan memperkukuhkan nilai-nilai kerja berpasukan.
Seterusnya, program diteruskan dengan acara majlis makan malam bertemakan “Kesultanan Melayu Melaka”. Para peserta telah mengenakan pelbagai busana yang menggambarkan Zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti lengkap berselempang batik bagi perempuan dan bertengkolok bagi lelaki.
Program mencapai kemuncaknya pada hari kedua iaitu pada “Sesi Bersama Pengurus Besar” di mana beberapa anugerah telah dianugerahkan kepada pemenang-pemenang cabaran yang dijalankan sepanjang bulan Oktober. Ketika sesi ini, Pengurus Besar EC Team, Encik Sabky Mat Latif telah mengumumkan prestasi cemerlang EC Team yang berjaya mencatat jualan sebanyak 3690 unit untuk bulan September 2023, melebihi sasaran asal 3400 unit yang mana 16 orang pengurus telah berjaya mencatat jualan 100 unit ke atas.
Sabky dalam ucapan inspirasinya turut telah menyeru para ahli EC Team untuk memperkasakan semangat kepimpinan dan komitmen dalam menjalankan tugas mereka. Beliau menekankan bahawa kerja keras, ketekunan, dan semangat keusahawanan adalah kunci kepada mencapai visi dan misi organisasi mereka.
Beliau juga turut berkongsi tentang hasrat EC Team untuk terus kekal menjadi agen Coway nombor satu di Malaysia dengan sasaran jualan sebanyak 5000 unit menjelang Disember 2023, dan seterusnya menjadi yang terunggul di peringkat Asia.
Hasil temubual dengan beberapa peserta serta melihat reaksi mereka ketika program berlangsung menunjukkan peningkatan semangat dan komitmen para ahli dalam mencapai matlamat dan sasaran EC Team.
EC Team berharap agar semangat tinggi ini terus berkekalan dalam usaha mencapai matlamat organisasi, sambil menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra kepada pelanggan mereka.
Program “EC Team Recharge All Stars” ini telah membuktikan bahawa semangat keusahawanan boleh merentas generasi dan menarik minat belia untuk berjaya dalam dunia perniagaan dengan keyakinan yang tinggi.
#PrezCom