Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023, 10.01 malam – SAMA ada dizaman dahulu atau zaman sekarang , wanita memang digalakan untuk mencari harta semampu yang banyak sebelum menjadi isteri. Perlu disimpan di dalam minda bahawa hidup sebagai seorang wanita jangan terlalu bergantung pada orang lain terutama lelaki. Sewaktu kecil atau remaja seorang wanita itu sememangnya bergantung pada bapa tetapi apabila sudah berkerjaya sebaiknya kumpul lah harta atau membuat simpanan wang untuk bekal hari hadapan yang kita belum tahu bagaimana rupanya. Sebaiknya berhenti berfikir semuanya boleh diharapkan dari seorang lelaki atau suami.
Sebagai wanita yang mesti bertanggungjawab pada diri sendiri, kita perlu hidup berdikari. Ajarlah diri untuk tidak begitu bergantung pada orang lain kerana wanita yang jenis bersandar pada orang lain akan mendapat kesulitan apabila mereka berseorangan samada ditinggalkan oleh suami atau kematian suami. Sekiranya kita mempunyai sedikit simpanan atau harta sekurang-kurangnya kita tidak merasa tertekan dan gelisah kerana ada sedikit ada sedikit bekalan diwaktu terdesak.
Langit tidak selalu carah. Lebih baik buat persediaan untuk sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri. Berharta atau punyai simpanan adalah terbaik. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa. Wanita Kalau Nak Hidup Terjamin, Carilah Harta sebelum jadi isteri. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, beesedialah dengan segala kemungkinan. Rancang masa depan sendiri. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana. Merancang masa depan itu adalah satu tuntutan di dalam agama Islam. Jadi, merancanglah sebaik mungkin demi masa depan jika sudah ditakdirkan bersendirian.
#PrezCom