Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023, 9.06 malam – PAKAR Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, terdapat pengguna jalan raya yang masih tidak mempunyai lesen yang sah tetapi berani memandu dan sudah tentu ia akan melatakkan pengguna lain di dalam keadaan bahaya. Menurut beliau lagi, masih wujud segelintir ibu bapa yang tidak perdulikan anak-anak mereka yang masih dibawah umur menggunakan kenderaan dijalan raya dengan tiada mempunyai lesen.
Sememangnya ada ibu bapa yang tidak ambil berat mengenai perkara tersebut. Apa yang penting kepada mereka adalah, anak-anak mesti pandai memandu. “Kalau nak bawak kenderaan depan rumah mungkin, walaupun dia masih salah, tetapi risikonya mungkin tidak sebegitu berat” katanya kepada Buletin TV3. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak tentang bahaya membawa kenderaan tanpa lesen terutama kereta kerana sekiranya berlaku kemalangan sama ada melanggar dan dilanggar urusan akan menjadi bertambah rumit untuk diselesaikan.
Tegas beliau, elemen yang dipelajari secara formal di institut memandu serta kemahiran pemanduan berhemah diperlukan untuk memandu di jalan raya tanpa menimbulkan ancaman bahaya kepada pengguna lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu memberikan penekanan kepada anak-anak tentang bahaya pemanduan tanpa lesen dan akibat yang akan ditanggung sekiranya berlaku sesuati yang buruk.
Pada hari ahad yang lalu, seorang penunggang wanita terbunuh dan seorang pembonceng mengalami kecederaan yang teruk apabila motosikal yang ditunggangi dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang remaja Perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah. Mangsa Nur Syafiqah Abdullah yang berusia 32 tahun meninggal dunia ditempat kejadian manakala kakaknya Nooraliza, 43, cedera dan masih dirawat.
Seperti ramai sudah sedia maklum sejak sekian lama, memandu tanpa lesen memandu sah adalah salah di sisi undang-undang. Namun, kesedaran dikalangan pemilik kenderaan tentang bahaya membenarkan pemandu tanpa lesen atau golongan bawah umur memandu di jalan raya cukup rendah kerana jumlah kesalahan ini masih tinggi mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, memberitahu Bernama jumlah rekod kesalahan memandu tanpa lesen sah tidak menunjukkan perubahan positif. Seramai 347,300 pemilik kenderaan didapati membenarkan pemandu tanpa lesen memandu kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei 2022. Lima bulan pertama tahun ini saja sudah merekodkan 55,000 kesalahan sama di seluruh negara.
#PrezCom