Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023, 6.15 petang – PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), mengambil langkah lebih serius kali ini bagi mendesak kerajaan mempertimbangkan tuntutan penyelerasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disegerakan. Setelah sekian lama isu ini diperjuangkan dengan mengambil langkah untuk menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong bagi menuntut tujuan yang sama. Setelah sekian lama isu ini diperjuangkan dan PVATM telah pun menyuarakan perkara ini sejak 10 tahun yang lalu.
Keputusan untuk menghantar memorandum ini kepada pihak Istana, setelah diambil melalui persetujuan sebulat suara semua lebih 400 perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-97 PVATM yang berlangsung dua hari sejak semalam. Seramai 176,000 ahli PVATM di seluruh negara meliputi yang berpencen dan tidak berpencen telah memberi mandat supaya perkara ini dipandang dengan lebih serius dan memohon supaya pihak Istana Negara dapat memberi sedikit perhatian terhadap perkara yang telah lama diperjuangkan ini.
Menurut Datuk Sharuddin Omar, isu berkaitan tindakan kerajaan yang sehingga kini masih tidak memberi gambaran jelas mengenai tuntutan berkaitan pelarasan pencen veteran yang berpencen sebelum 2013 (sebelum pelarasan gaji baharu). Pada pembentangan Bajet 2024 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada menyebut bahawa kerajaan akan membuat keputusan berkaitan pelarasan pencen seperti yang dituntut oleh PVATM.
PVATM sebelum ini ada menyuarakan dan menggesa agar kerajaan melaksanakan pelarasan pencen kepada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 pada pembentangan Belanjawan 2024. Apabila pembentangan belanjawan 2024 yang lalu tidak menyebut tentang tuntuan tersebut, maka pada pehimpunan agung kali ini, semua perwakilan telah mengambil keputusan untuk menjadikan isu ini sebagai satu perjuangan utama PVATM bagi memastikan kerajaan mengambil serius mengenai tuntutan ini.
PVATM hanya menutut pelarasan pencen untuk 78,546 pesara (atau 55.9 peratus) daripada jumlah keseluruhan veteran ATM. Keadaan ekonomi yang cukup getir menyebabkan semua pesara tertekan terutama yang tidak mempunyai pencen dan tidak mempunyai pekerjaan. Ada pesara yang berusia 80 tahun, 90 tahun, ramai berusia 50 tahun dan 60 tahun ke atas. Dengan usia yang begitu lanjut mereka tidak lagi berupaya untuk melakukan sebarang perkerjaan dan ada yang sakit terlantar serta penyakit lain yang memerlukan perubatan dengan kos yang tinggi.
Menurut Datuk Sharuddin lagi, pada masa ini seramai 73,339 orang (93.4 peratus) warga veteran ATM berada dalam kategori B40, yang mana mereka hanya menerima 50 peratus pencen dari kadar gaji berbanding 60 peratus bagi penjawat awam lain (bukan ATM). Ini kerana anggota dan pegawai ATM diwajibkan bersara selepas berkhidmat 21 tahun, berbanding penjawat awam lain yang wajib berpencen pada usia 60 tahun.
Sehubungan itu, Sharuddin berkata PVATM telah mengambil keputusan untuk menghantar satu memorandum kepada Istana Negara di dalam masa dua minggu ini. Beliau berharap suara hati dan keluhan mereka akan didengari oleh pihak Istana dan akan diambil tindakan segera oleh kerajaan.
Menurut Datuk Sharuddin, eteran tentera adalah golongan yang wajar dihargai kerana khidmat dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Pengorbanan mereka dan juga keluarga yang ditinggalkan sewaktu menjalankan tugas patut dihargai. Pada masa ini, katanya pencen paling rendah yang diterima anggota lain-lain pangkat (LLP) hanya kira-kira RM1,000 hingga RM1,900.
#PrezCom