Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023, 8.45 malam – BELANJAWAN 2024 disifatkan tidak adil oleh syarikat-syarikat pengendali tenaga boleh baharu (TBB) persendirian apabila hanya dua syarikat GLC sahaja yang dibenarkan memasang solar dibangunan kerajaan itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Gentari. Menurut mereka, TNB dan Gentari yang merupakan anak syarikat milik penuh Petronas hanya dua entiti daripada ratusan yang menawarkan perkhidmatan sistem solar di negara ini.

Terdapat syarikat persendirian yang berpengalaman jauh lebih lama dalam industri solar di negara ini berbanding TNB dan Gentar,i termasuk yang mengendalikan ladang solar berkala besar. Mengapa hanya TNB dan Gentari sahaja yang dilibatkan yang menjadikan Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon Malaysia? Mereka menganggap perkara itu tidak adil sama sekali kepada Syarikat lain.
Mengapa kerajaan tidak mengumumkan tender terbuka kepada semua syarikat terlibat supaya lebih telus dan lebih adil ? kata sumber tersebut. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam usaha menjadi Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon, Kerajaan akan mula memasang panel solar di atap bangunan kerajaan dengan kerjasama TNB dan Gentari. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan baru-baru ini. Selain itu Perdana Menteri juga mengatakan pentadbiran Persekutuan juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi.

Dalam Belanjawan 2024 itu kerajan turut melanjutkan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Disember 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman. Ini kerana., untuk sektor komersial dan industri, kerajaan melanjutkan insentif fiskal Green Investment Tax Allowance dan Green Investment Tax Exemption hingga tahun 2025. Selain itu katanya, TNB juga perlu diwajib menyediakan perkhidmatan potongan bayaran pemasangan solar bagi sektor isi rumah seperti mana yang diberikan kepada sektor komersial dan industri.

Pada masa sama kerajaan diminta mengkaji semula had kapasiti pemasangan solar sehingga 85 peratus daripada permintaan maksimum kepada tanpa had bagi membolehkan bangunan yang ada bumbung besar dapat memanfaatkan saiz bumbung mereka bagi menjana lebih banyak kapasiti solar untuk dijual secara akses pihak ketiga. Bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik yang rendah, kerajaan patut membenarkan isi rumah itu untuk menjual tenaga solar kepada pihak ketiga ( jiran) secara konsep peer to peer.

#PrezCom