Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023, 8.00 malam – HARGA siling semasa bagi ayam standard sekarang adalah RM9.40 sekilogram. Bagi pihak peniaga pula beranggapan, kenaikan tidak dapat dielak kerana pembekal telah menaikkan harga borong. Seorang penjawat awam, Ahmad Naim Razak, 50, berkata, dia hairan apabila harga ayam yang sebelum ini berpatutan, naik melebihi RM8 sekilogram pada hujung bulan lalu. Ramai orang berpendapat ia benar-benar diluar jangkaan kerana harga ayam naik secara mendadak. Rata-rata pengguna di beberapa negeri hairan apabila harga ayam standard tiba-tiba naik di beberapa negeri sejak seminggu lalu.
Menurut akhbar Kosmo yang dicatatkan pada 16 Oktober yang lalu, harga ayam dijangka naik sehingga 30 peratus apabila kerajaan menguatkuasakan pelepasan harga siling bagi ayam dan telur kelak. Harga ayam kini dijual sekitar RM9.40 sekilogram dan kenaikan antara RM3 hingga RM4 boleh berlaku selepas pelepasan harga siling itu dikuatkuasakan kerajaan. Begitulah menurut Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Perak, Nor Azhar Mohamed. Apa yang dibimbangkan ialah tindakan kartel dalam menentukan harga.
Tinjauan di beberapa pasar basah utama di Pandan, Kempas dan Skudai, mendapati hampir kebanyakan peniaga ayam segar menjual hasil ternakan itu melebihi harga siling RM9.40 ditetapkan namun disertakan notis kecil caj RM1.60 dikenakan yang dirujuk mereka bayaran bagi khidmat pemotongan serta kos plastik. Bagi pelanggan yang tiada pilihan, mereka terpaksa membeli dengan harga yang terpapar dipapan tanda walaupun harga tersebut amat membebaDisebabkan itu para pelanggan terpaksa mengehadkan pembelian ayam segar kepada hanya dua ekor seminggu berbanding empat atau lima sebelum ini.
Pengguna memang sering merungut, ada yang marah apabila harga ayam jadi RM11 setiap kg kerana peniaga terpaksa letak caj perkhidmatan sebanyak RM1.60 setiap kg. Jika tidak kenakan caj itu, sudah pasti ramai peniaga ayam akan gulung tikar. Peniaga ayam segar ditemui berkata, mereka terus tersepit apabila pembekal meletakkan harga ayam segar pada harga RM9.10 hingga RM9.30kg, sekali gus mustahil mampu menjualnya pada harga siling RM9.40.
Bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka setiap masa. Para pelanggan menyarankan pegawai KPDN supaya memberi laporan jujur kepada menteri, apa yang berlaku membabitkan harga ayam di peringkat pembekal. Jika tidak, sudah pasti isu harga ayam mahal ini tidak akan pernah selesai.
#PrezCom