Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023, 12:17 – MENTERI Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga kor Ming berkata, terdapat premis kormesial dan kediaman yang diubah suai untuk dijadikan bilik sewa yang bersaiz sangat kecil seumpama “sarang burung”. Nga dan kementerian di bawah seliaannya memberi amaran akan terus mengempur kediaman seperti itu kerana ia amat berbahaya sekiranya berlaku kebakaran. Menurut Nga lagi, kediaman atau premis yang diubah suai lebih terdedah kepada bahaya kebakaran dan beliau meminta supaya pemilik kedua-dua jenis tempat tinggal itu supaya mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan, supaya tidak terdedah dengan risiko pelbagai bahaya terutama kebakaran.

Peruntukan undang–undang perlu dikuatkuasa bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta daripada risiko berbahaya dan melindungi. Tindakan susulan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang yang berulang. Antara tindakan yang akan diambil termasuk mengeluarkan Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341, memberi suatu tempoh sesuai kepada semua premis untuk mematuhi notis dan sekiranya tidak membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan,” katanya selepas Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) di Taman Maluri, di sini, hari ini.

Terdapat bilik sewa di Taman Maluri yang berupa liang lahad dan ternyata gagal mengikuti peraturan walaupun telah dikeluarkan amaran supaya tidak membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran. Menurut Nga, pihaknya telah pun memberi amaran sejak lima hari yang lepas setelah perkara itu tersebar di media namun pemilik kediaman tidak mempedulikan apa yang disarankan oleh kemeterian selain gagal mengubah kembali premis atau bangunan kepada bentuk asal.

Sebelum ini, beberapa laporan diterima mengenai bilik sewa yang kecil ruangnya namun pemilik mengenakan sewa yang mahal dan ia tidak sepadan dengan harga sewaan. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, tentu ramai orang yang bijak pandai mengambil kesempatan di atas sesuatu perkara yang menjadi keperluan kepada semua orang. Kediaman merupakan satu perkara yang amat penting memandangkan kos sara hidup yang amat tinggi dan semakin tinggi dari semasa ke semasa. Tetapi perlu diingat, ada mata-mata yang memandang dan menilai apa yang kita lakukan sama ada ia melanggar peraturan atau melanggar undang-undang yang sedia ada. Untuk itu tidak salah sekiranya ada tindakan yang diambil jika terbukti melakukan kesalahan tambahan pula ia mendatangkan bahaya kepada penyewa.

#PrezCom