Kuala Lumpur, 20 October 2023, 7.58 malam – BEKAS Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Md Jidin berkata, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli begitu yakin dengan jangkaannya bahawa dasar gaji progresif akan dimasukkan dalam bacaan belanjawan 2024 yang lepas dan akan dilaksanakan pada tahun depan. Ahli Parlimen Putrajaya itu mempersoalkan cadangan pelaksanaan gaji progresif yang tidak pun diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini walaupun telah lama pendekatan tersebut kerap kali disebut. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN- Masjid Tanah) juga merasa hairan dan bangkit mencelah ketika perbahasan. beliau juga mempunyai tanda tanya bagaimana Rafizi boleh memiliki ‘keyakinan’ bahawa gaji progresif akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024?

Pada pandangan Ahli Parlimen Putrajaya itu, pembentangan Belanjwan 2024 yang dibaca oleh Perdana Menteri perlu jelas dan menyebut apa yang telah dibahaskan dan diwar-warkan sebelum ini. Apabila perkara yang pernah disebut terutama didalam dewan atau didalam ucapan tidak dibacakan sewaktu belanjawan, ia akan menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat, ketidaktentuan oleh pemain industri, penganalisis pasaran, serta peserta pasaran modal.

Bukan sahaja menjadi pertanyaan dari para Ahli Parlimen, rakyat juga bertanya, apakah sebenarnya yang ingin dilakukan oleh kerajaan tentang dasar gaji progresif ini? Adakah benar ia akan melibatkan subsidi, dan jika benar berapa jumlahnya?,” Soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam.

Persolannya bagaimana untuk dijawab kepada rakyat jika ada yang mengajukan pertanyaan mengenai gaji progresif itu? Bilakah dasar itu akan dilaksanakan ? Satu masa pertanyaan seperti itu akan disoal oleh rakyat. Jadi bersedialah dengan jawapan yang tepat dan bukan satu dongengan semata-mata. Radzi kemudian mengingatkan kerajaan agar mengadakan berbincangan dengan lebih terperinci mengenai cadangan gaji progresif sebelum membuat kenyataan lanjut.

#PrezCom