Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023, 2.26 petang – MENURUT Penganalisis Politik, Lim Sian See, pejawat awam di Malaysia telah pun terlepas sebanyak 2 kali kenaikan gaji semenjak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tumbang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada tahun 2018. Dalam tempoh 7 tahun sejak kekalahan beliau, bukan sahaja kenaikan gaji penjawat awam yang terjejas, keadaan ekonomi negara juga tidak menentu kerana peralihan kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Banyak perancangan yang telah diatur oleh kerajaan sebelumnya iaitu Barisan Nasional telah terbengkalai disebabkan kekalahan itu.

Menurut penganalisis politik tersebut, di bawah pentadbiran Najib, kenaikan gaji penjawat awam telah diluluskan dan telah dilaksanakan pada 2013. Di dalam Belanjawan 2018 yang dibentangkan sebelum PRU itu, Najib telah pun mengumumkan satu lagi kenaikan gaji untuk penjawat awam namun ia telah pun dibatalkan oleh kerajaan yang baru ketika itu yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Akibat kejatuhan BN dan kalahnya Najib pada waktu itu, penjawat awam sebenarnya telah terlepas dua kali kenaikan gaji dalam tempoh tujuh tahun dari 2018 hingga 2025. Terbukti begitu sukar untuk kembali merasai kenaikan gaji yang agak tinggi seperti waktu itu.

Sian See membayangkan penjawat awam telah beberapa kali terlepas kenaikan itu dalam masa 7 tahun ini? Soal beliau dalam facebook miliknya. Pada masa yang sama beliau mengimbas kembali perkara lalu yang membawa kepada kekalahan BN di PRU-14. Beliau menempelak pihak tertentu yang mengutuk Najib dan menentang apa yang telah beliau lakukan untuk rakyat serta membuat fitnah bahawa negara akan muflis apabila hutang negara akan mencecah angka RM686.8 bilion pada penghujung 2017. Sian see memberitahu lagi bahawa nisbah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika itu adalah pada kadar sederhana 50 peratus.

Menurut Sian See apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sian See berkata, dalam tempoh tujuh tahun semenjak Najib tidak lagi bergelar Perdana Menteri, hutang negara melonjak sebanyak RM550 bilion. Jumlah hutang naik ke RM1.263 bilion dengan nisbah hutang berbanding KDNK lagi tinggi pada 64 peratus. Negara tak muflis pun? katanya.

#PrezCom