Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023, 8.53 malam – DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan dua buah premis makanan ditutup susulan tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Sepadu Bersih melibatkan 41 premis di sekitar ibu kota, pada Rabu. Ini disebabkan kebanyakan pemilik premis makanan masih mengambil sikap sambil lewa mengenai soal kebersihan dan perkara itu boleh mendatangkan bahaya keracunan makanan dan jangkitan lain terutama dari serangga atau haiwan lain seperti tikus. Operasi dijalankan di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, Jalan Ampang dan di Jalan Landak serta Jalan Brunei.
Meletakkan makanan mentah di atas lantai dan terdapat kesan hurungan atau najis tikus di bahagian dapur merupa satu perbuatan yang jijik dan ini akan menyebabkan pemilik restoran akan dikena denda dengan jumlah yang tinggi atau pun disita tanpa dibenarkan menjalankan perniagaan lagi.
Menurut DBKL, pada operasi semalam dilaksanakan 52 petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar di 41 premis di Bandar Baru Seri Petaling, Jalan Pasai, Jalan Radin Anum 2, Jalan Dutamas 1 dan L2 Hartamas Shopping Centre. Sebanyak 57 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata DBKL dalam hantaran di akaun Facebook rasmi majlis perbandaran itu, hari ini.
Di dalam operasi tersebut, DBKL telah mengenakan berbagai tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang diperiksa, diantara kesalahannya adalah:
1) Pemilik/pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan.
2) Tidak memasang perangkap minyak.
3) Perangkap minyak tidak diselenggara. dengan baik menyebabkan tersumbat dan berbau.
4) Lantai dan dinding di ruang dapur kotor dan berdaki hitam.
5) Lesen perniagaan tamat tempoh.
6) Meletakkan makanan mentah di atas lantai.
7) Terdapat kesan hurungan/najis tikus di bahagian dapur.
8) Lorong belakang premis dijadikan tempat penyediaan makanan.
Sementara itu DBKL menutup serta-merta 44 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Kenanga, di sini semalam. Menurut DBKL penutupan premis tersebut dibuat di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerusi Operasi Bersepadu (Op Tebah) Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Siri 5 Tahun 2023. Pada masa sama, DBKL turut mengeluarkan 51 notis kompaun melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing dan melanggar syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
#PrezCom