
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2023, 3.38 petang – PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tabiat merugikan dalam mana-mana agensi atau syarikat khususnya membabitkan pegangan bumiputera tidak akan berlaku seperti dahulu. Perkara ini akan diubah supaya tiada lagi penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam mana-mana organisasi tersebut. Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan ia berulang dan akan memastikan pihak pengurusan agensi bertanggunjawab sepenuhnya jika berulang perkara yang sama. Pihak agensi yang dipertanggungjawabkan perlu menunjukkan kerjasama dalam menjayakan agenda pengurusan seperti yang diamanahkan oleh pihak-pihak tertentu terutama agensi berkaitan bumiputra.
Perdana Menteri memberi peringatan supaya jangan diulang perkara yang merugikan kerana ia bermakna merugikan bangsa sendiri terutama dari segi sosial anak-anak yang tidak mempunyai peluang dapat meningkat menjadi golongan profesional yang membanggakan. Kerajaan telah membentuk agensi
atau syarikat bumiputra untuk berjaya dan boleh diharapkan untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan. Ada juga pihak pengurusan yang korup , merugikan dan juga merosakkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pengalaman yang dilalui bersama – sama golongan seperti ini sangat menyakitkan. Menurut Perdana Menteri Felda merupakan syarikat yang perlu dipantau kerana pengurusannya leceh dan tatakelolanya lemah.
Untuk itu Felda memerlukan suntikan dana sebanyak RM8.3 billion. Terdapat juga syarikat yang memerlukan suntikan modal RM2.7 billion hingga RM23 billion daripada kerajaan kerana bimbang akan terlepas ke tangan bukan bumiputra. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan pengurusan Tabung Haji sudah pun pulih dan baik. Namun ia masih lagi ada yang tertanggung kerana telah mengalami kerugian sehingga terpaksa ditubuhkan SPV ( Syarikat Bertujuan Khas) dan buat masa ini pengurusannya telah dipindahkan sementara waktu ke Kementerian Kewangan.
Perdana Menteri dengan tegasnya berkata, perkara yang mendatangkan kerugian tidak boleh dibiarkan berterusan. Sekiranya berlaku lagi pihak pengurusan akan dikena tindakan yang keras. Namun tidak semua syarikat yang menguruskan pegangan bumiputra bersikap rakus dan lepas tangan. Sekurang-kurangnya masih lagi ada Perbadanan Nasional Berhad dan beberapa lagi syarikat lain yang membanggakan bumiputra.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan penambahan satu bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawaran bagi langganan umum. AHB merupakan sebuah unit amanah patuh syariah berlanfdaskan hartanah yang pertama di Malaysia. Unit itu disokong dengan hartanah-hatanah komersial utama yang disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap.
#PrezCom