Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023, 18:02 – SGM Wallace Lim mewakili Coway DST, dan SGCM Karen Chew daripada Cody Organisation, telah menerima Anugerah Usahawan Cemerlang DSAM atas sumbangan luar biasa mereka. Persatuan Jualan Terus Malaysia (DSAM) telah mengiktiraf dua usahawan cemerlang tersebut pada acara DSAM Convention & Outstanding Entrepreneur Award di Shangri-La Kuala Lumpur pada hari Khamis, 12 Oktober 2023 lepas.

Acara tersebut bertujuan untuk menghargai pencapaian dan sumbangan pengedar bebas kepada syarikat masing-masing dan juga industri jualan terus. Ia memaparkan kesungguhan luar biasa syarikat, komuniti, dan individu dalam sektor jualan terus atas usaha berterusan mereka dalam melayani pelanggan secara berkesan.

Laporan terkini daripada Persatuan Jualan Terus Sedunia (WFDSA) menonjolkan prestasi mengagumkan industri jualan terus di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2022. Laporan tersebut menunjukkan bahawa Malaysia mengalami pertumbuhan yang signifikan dari tahun ke tahun, dengan penjualan meningkat dari 3.0 peratus pada tahun 2001 ke anggaran 28.5 peratus pada tahun 2022. Pertumbuhan yang mengagumkan ini telah membuatkan Malaysia dijuluki sebagai pasaran jualan terus keenam terbesar di peringkat global. Selain itu, Malaysia juga turut telah diiktiraf dengan Anugerah Platinum yang berprestij selama empat tahun berturut-turut semenjak tahun 2019 sehingga tahun 2022.

Menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih, SGM Wallace Lim mengucapkan penghargaan kepada semua ejen di bawah DST yang memainkan peranan penting dalam pencapaian beliau. “Saya menyertai Coway pada Disember 2007, dan kami memulakannya dari awal. Saya amat menghargai usaha dan komitmen pasukan DST kami – HP, HM, SM, GM dalam mencapai pencapaian hari ini, iaitu 3 juta unit dan pendapatan sebanyak RM3 bilion setahun. Anugerah ini dikhaskan kepada semua dalam keluarga Coway. Kami berazam untuk terus maju dan berhasrat mencapai 10 juta unit dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang,’’ tambahnya.

Pengiktirafan yang diberikan kepada SGM Wallace Lim dan SGCM Karen Chew menggaris dedikasi dan komitmen individu dalam industri jualan terus dan berfungsi sebagai inspirasi kepada yang lain. Kejayaan mereka yang mengagumkan mencerminkan kesungguhan dan pertumbuhan industri ini di Malaysia, yang mengukuhkan kedudukannya di peringkat global.

#PrezCom