Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023, 11.30 pagi – MENURUT Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Seramai 424,000 kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental pada tahun lalu. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan trend dilihat semakin meningkat waktu pasca COVID-19. Kerjasama dengan agensi lain khususnya berkaitan kanak-kanak termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti dan mengambil berat tentang perkara ini dengan melakukan beberapa intervensi.

Satu inisiatif telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengambil pendekatan untuk turun ke padang bagi memberi pendedahan mengenai kesihatan mental dan bertapa pentingnya untuk masyarakat memberi perhatian terhadap penyakit mental ini terutama dikalangan kanak-kanak. Masyarakat disekeliling perlu bersama-sama memberi bantuan supaya ianya dapat dielakkan dari bertambahnya penyakit ini dikalangan kanak-kanak. Dr Zaliha berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat petang semalam.

Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa atau penjaga merupakan punca utama kepada penyakit ini. Kanak-kanak dari kalangan keluarga B40 dimana ibu dan ayah mereka keluar berkerja dan mereka terpaksa tinggal dirumah bersendirian atau tinggal bersama-sama adik beradik yang sebaya tanpa ada pengawasan dari orang yang lebih tua adakalanya membuatkan mereka merasa terbiar. Selain dari itu ada juga dikalangan remaja yang mempunyai masalah hubungan dengan ibu bapa dan tidak diperdulikan langsung membuatkan mereka merasa dipinggirkan.

Mengulas mengenai belanjawan 2024 untuk KKM yang menjadi salah satu Kementerian yang paling tinggi menerima peruntukan, Dr Zaliha berkata, peningkatan peruntukan itu adalah untuk membolehkan lebih banyak inisiatif dan projek pembangunan kesihatan bagi kesejahteraan rakyat dilaksanakan. KKM menerima sejumlah RM41.2 billion dengan tambahan peruntukan sebanyak RM4.89 bilion atau 13.45 peratus. Dr Zaliha berkata, peruntukan dalam Belanjawan 2024 sebanyak RM41.22 bilion berbanding RM36.33 bilion sebelum ini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Menurut KKM, Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dilaksanakan pihaknya pada 2019, mendapati seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami isu kesihatan mental. Data ini telah dinyatakan dalam satu hantaran Facebook yang dimuat naik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 5.13 petang semalam. KKM turut melaporkan berlaku peningkatan peratusan bagi golongan remaja yang mempunyai kemurungan serta terlibat dengan niat ingin membunuh diri dan percubaan bunuh diri dan isu kesihatan mental golongan dewasa juga yang berada pada paras yang membimbangkan.

Penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas mengalami kemurungan dan ini merupakan kes tertinggi dicatatkan yang berlaku dalam beberapa golongan masyarakat. Antaranya golongan wanita, penduduk luar bandar, individu yang belum berkahwin dan individu berpendapatan rendah. Trend bunuh diri, iaitu sebanyak 1,142 kes bersamaan dengan peningkatan 81 peratus pada tahun 2021, berbanding 631 kes pada tahun 2020 berdasarkan laporan oleh Polis Diraja Malaysia. Pasca pandemik Covid19 merupakan titik tolak kepada peningkatan kes berkaitan masalah mental baik dikalangan kanak-kanak mahupun dikalangan dewasa.

KKM turut menasihati orang awam untuk mendapatkan bantuan profesional di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terdekat, sekiranya memerlukan dan cuba untuk mengenali tanda-tanda masalah kesihatan dalam kalangan ahli keluarga. Aspek kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan menjadi lebih serius jika tidak diberi rawatan dan perhatian. kesihatan mental dan fizikal saling bergantungan antara satu sama lain dan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Kita tidak akan menyangka apa akan berlaku kepada pesakit mental kerana ia diluar jangkaan. Perlakuan pesakit mental sama ada dikalangan kanak-kanak atau orang dewasa seperti bom jangka yang boleh meletop bila-bila masa.

#PrezCom