Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023, 7. 23 malam – BUKAN sahaja mempunyai paras rupa yang manis, malah mempunyai pelajaran yang tinggi. Manisha Najihah Juhari, 24, sanggup menjual kuih dihadapan rumahnya walaupun disindir kerana tidak sepadan dengan kelulusannya sebagai pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) dari Politeknik Shah Alam. Kuih che mek molek, itu lah gelaran kuih tradisional yang dijual oleh gadis manis bernama Manisha ini. Keputusan untuk berniaga diambil selepas Mahisha berhenti dari perkerjaannya kerana tempat dia berkerja itu telah ditutup dan juga disebabkan agak susah mendapat pekerjaan sekarang. Untuk itu, Manisha telah menanam tekad untuk mencuba bidang lain dengan hanya membuka premis kecil dihadapan rumahnya.

Manisha, yang juga merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengakui sememangnya meminati bidang masakan dan salah satu kuih kegemarannya itu adalah che mek molek. Menurut Manisha lagi, kawan-kawannya sangat suka menjamah kuih itu apabila dia memasaknya. Manisha berkata lagi, walaupun dia dicemuh kerana menjual kuih ditepi jalan, dia tetap dengan keputusan untuk teruskan kerana minatnya di dalam bidang itu dapat dizahirkan. Dizaman yang serba mencabar ini, perkerjaan bukanlah penyelesaian bagi semua perkara, tetapi niat untuk meneruskan kehidupan perlu diteruskan walaupun terpaksa beralih ke bidang yang lain.

Pemegang Diploma ini, menjadi inspirasi ramai apabila menjalankan perniagaan menjual kuih tradisional Kelantan dengan hanya beroperasi di depan rumah di Wakaf Baru,Tumpat Kelantan. Manisha sangat berpuas hati dengan usahanya dan mengakui bahawa dia meraih pendapatan lebih kurang RM10,000 sebulan. Dalam laporan mStar, Manisha berkata, pernah berkerja disyarikat swasta dan mengambil keputusan untuk berhenti. Tidak sia-sia dengan usahanya selama tiga tahun untuk mencari ilmu dengan berbagai taukeh kuih yang lain walaupun sering berlaku kesilapan. Kelainan kuih che mek molek gadis manis ini adalah bentuknya yang bulat serta ada juga yang berbentuk asal iaitu bujur dan dijual dengan harga RM1 untuk 5 biji che mek molek.

Para Graduan tidak seharusnya malu untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan walaupun ia tidak setanding dengan kelulusan akedemik yang dimiliki. Berniaga merupakan bidang pilihan yang tepat untuk mencari pendapatan samada ia mendatangkan pendapatan yang lumayan atau sebaliknya. Namun bidang ini dapat membantu untuk meneruskan kehidupan sebagai gantian kepada bidang perkerjaan yang sekarang ini amat menyedihkan kerana prorata pendapatan bulanan di pasaran perkerjaan tidak setimpal dengan kos sara hidup yang kian meningkat terutama kepada sesiapa yang tinggal di bandar-bandar besar. Jadilah anak-anak muda yang bijak memilih demi sebuah kehidupan yang cerah dimasa hadapan.

#PrezCom