
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2023, 3.00 petang – MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Md Nor, telah menggesa supaya pihak Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat lebih banyak siasatan dan serbuan kepada kilang – kilang beras di Kedah bagi memastikan bahan makanan itu tidak disimpan melebihi permit yang dibenarkan.
Terdapat 67 kilang beras dinegeri Kedah iaitu 15 milik bumiputra, 41 milik bukan bumiputra dan 11 kilang Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Dari 67 kilang itu 9 daripadanya tidak aktif. Pada pandangan umum, Semuanya perlu inisiatif sendiri tanpa disuruh jika mahu meninjau, melawat atau mahu memeriksa bahan makanan yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia dan Asia itu. Kadang kala ada terdapat keperluan untuk semua pihak mengetahui bagaimana kilang-kilang beras ini beroperasi tetapi perlu meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat lawatan atau untuk tujuan apa sekali pun.
Menurut Sanusi beliau telah menyenaraikan kilang-kilang yang perlu disiasat atau diserbu seperti yang disebut di dalam akhbar ini. Beliau terus menggesa supaya Badan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) , PDRM dan SPRM untuk melihat sendiri kilang-kilang padi ini dan mengambil tindakan sekiranya ada berlaku perlanggaran undang-undang.
Sanusi berkata lagi, mana-mana kilang yang melanggar peraturan terus ditangkap, bungkus dan menutup atau menyita kilang tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih dan menasihatkan agar pihak yang menjalankan serbuan perlu bertegas dan serius dalam menjalankan tugas seperti ini. Sanusi menambah lagi bahawa beliau pernah menyebut perkara ini namun tidak diberikan kuasa dibawah kerajaan negeri untuk menjalankan pemeriksaan.
Sementara itu, Sanusi mengulas kata-kata beberapa orang netizen yang bertanya mengapa beliau sendiri tidak menjalankan pemeriksaan dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak diberi kuasa kerana perkara ini hanya boleh dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan makanan (KPKM) dan pada masa yang sama mengucapkan tahniah kepada MOA dan berasa amat bersyukur kerana mereka telah memahami bagaimana cara beliau berkerja.
Pada 12 Oktober 2023, media telah melaporkan lima kilang di sekitar Kedah diserbu SPRM susulan siasatan penyelewengan pemberian subsidi kepada petani yang menjual beras tempatan ke kilang dilesenkan. Serbuan itu telah dibuat bagi mengesan aktiviti
penyelewengan dalam pemberian subsidi beras tempatan itu. Sanusi terus berkata bahawa agensi dibawah KPKM perlu membuat kajian yang lebih terperinci dan melihat dengan lebih dekat masalah keperluan negara terutama mengenai bekalan beras dan perlu dipantau dari masa ke semasa.
Sanusi bertanya, mengapa Kedah dijadikan kambing hitam atau tempat yang dipersalahkan apabila berlaku krisis bekalan beras sedangkan kerajaan banyak memuji Selangor dan Pulau Pinang sebagai pengeluar beras yang tinggi. Kementerian perlu mengenalpasti secara tepat dimana sebenarnya masalah berpunca. Menurut Sanusi beliau pernah berkata terdapat kartel yang bertindak sesuka hati dengan menaikkan harga beras kemudian dengan mudah menurunkan harga beras. Apabila berlaku krisis dan mendengar rungutan rakyat bahawa bekalan beras berkurangan dan tiada dipasaran baru lah ada pihak yang perasan bahawa bekalan beras telah disorok.
Nasihat Sanusi kepada kerajaan supaya memberi perhatian kepada rantai makanan negara. Apabila terbongkar mengenai beras yang dijual dengan harga mahal kemudian apabila dikesan oleh pihak berkuasa bahawa ada berlaku penyembunyian bekalan beras, secara tiba-tiba harga turun dengan segera. Ini menunjukan ada pihak yang memain peranan dengan menyorok beras-beras supaya mereka boleh mengawal harga. Sebaiknya jangan dipolitikkan semua perkara demi menjaga rakyat dan negara.
#PrezCom