Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023, 16.57 – TIMBALAN Pengarah (Sokongan Akademik) PUO, Dr. Mohd. Nor Azam Mohd. Dali berkata pada hari ini, lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri ditawarkan sepanjang dua hari penganjuran Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO) 2023 sejak semalam. Program tersebut telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang pengunjung terdiri daripada para pelajar, alumni dan pencari kerja di sekitar bandar raya itu. Program tersebut telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang pengunjung terdiri daripada para pelajar, alumni dan pencari kerja di sekitar bandar raya ini. Politeknik Ungku Omar itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang kerjaya yang terdapat banyak permintaan daripada majikan di seluruh Malaysia dan apakah bidang kerjaya yang sesuai untuk dipilih oleh para pelajar apabila tamat belajar nanti. Penempatan latihan industri ini dapat mengukuhkan lagi kolaborasi progresif antara industri dan Politeknik Ungku Omar menjadi kunci utama kepada Karnival Kerjaya ini.

Selain daripada itu, peluang Karnival Kerjaya ini juga adalah untuk memperkenalkan bidang industri yang banyak terdapat di Malaysia dan bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu serta menghadiri temu duga bagi tujuan penempatan latihan atau mendapatkan pekerjaan. Dr. Mohd. Nor Azam berkata, pihak industri juga berpeluang untuk mengenal pasti calon yang layak untuk dipilih sebagai pekerja bagi mengisi kekosongan atau keperluan di dalam industri mereka. Program dua hari yang bermula sejak semalam itu, telah disertai sebanyak 13 industri dan 2 industri pendidikan tinggi. Di antara syarikat yang mengambil bahagian di dalam bidang ini adalah, Hovid Berhad, PwC Malaysia, Plexus Manufacturing Sdn Bhd, Tetra Pak (M) Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd, Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Unisem (M) Berhad, SLB (Schlumberger WTA Sdn Bhd) dan Genting Malaysia Berhad. Turut terlibat ialah Synergy Group, Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd, Azam Achievers Management, Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu Jabatan Perangkaan Malaysia menerangkan, terdapat seramai 462,100 penganggur aktif di negara ini pada Ogos lalu, iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan. Penganggur aktif merangkumi 80 peratus daripada 577,300 orang yang telah direkodkan pada bulan Ogos 2023. Berdasarkan prestasi petunjuk Indeks Pelopor Malaysia bagi tempoh enam bulan, prospek ekonomi jangka pendek negara dijangka bertambah baik secara sederhana, memandangkan prospek ekonomi global yang tidak menentu. Dengan berita gembira mengenai pemulihan ekonomi dalam jangka masa pendek ini, sektor pekerjaan akan mula menerima permohonan daripada para pemohon terutama daripada para lepasan universiti ataupun daripada para penganggur yang sedang mencari pekerjaan. Kedudukan pasaran pekerjaan negara dijangka bertumbuh sederhana pada bulan-bulan yang akan datang. Ini membolehkan para pemohon pekerjaan untuk memohon daripada industri atau daripada syarikat bagi mengisi kekosongan di tempat mereka.

#PrezCom