Kuala Lumpur, 10 Oktober 2023, 22:00 – DR Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah pun duduk semeja untuk membincangkan bagaimana untuk meningkatkan pelaburan, penggunaan tanah sebagai modal dan penyelesaian isu bekalan air bersih di Kelantan. Menurut Tun Mahathir, sekiranya ada sistem jalan raya yang baik, bekalan air yang bersih dan sistem elektrik yang cukup kuat sememangnya amat mudah untuk menarik pelabur ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tun Mahathir percaya bahawa apabila banyak industri di buka di negeri tersebut, tentu semua anak rantau yang pernah berhijrah ke tempat lain akan kembali untuk bekerja dan menabur bakti mereka di tanah air sendiri.
Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan tenaga kerja yang ramai sebagai contoh mereka gemar berhijrah ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan dalam berbagai bidang dan industri. Tun Mahathir menambah lagi, tidak banyak industri kecil bertapak di negeri tersebut kecuali syarikat ROHM-Wako Electronics Sdn Bhd dari Jepun yang asalnya di Selangor tetapi memilih berpindah dan buka kilang di Kota Bharu pada 1989. Pada pandangan beliau dan pada pandangan umum juga, orang-orang Kelantan gemar berniaga dalam berbagai bidang dan sektor perniagaan.
Kebanyakan rakyat Kelantan minat membuka perniagaan kecil-kecilan contohnya industri membuat kain dan mencanting batik. Selain daripada itu, ramai di antara rakyat Kelantan menjadikan hasil laut sebagai makanan kering seperti ikan masin, membuat keropok mentah dan juga keropok yang telah siap digoreng. Kaum wanita pula suka berniaga di pasar-pasar pagi dan petang, suka membuka gerai di tepi laut, menjual kain dan pakaian siap dijahit serta menjual berbagai pekakas dapur, kelengkapan haji dan kraf tangan di Pasar Siti Khadijah yang sangat terkenal di Malaysia. Kelantan mampu menjadi pusat pelancongan yang baik dan ternama sekiranya keperluan asas seperti air bersih dan terawat, jalan raya yang lancar serta sistem elektrik yang canggih diwujudkan dan dibina. Negeri Kelantan juga mampu menjadi pusat pengajian Islam di rantau ini sekiranya banyak sekolah-sekolah agama dan pondok yang moden dibina di seluruh negeri itu.
Di mana mana pun di seluruh Malaysia banyak terdapat gerai makanan orang-orang Kelantan didirikan. Makanan seperti tom yam, nasi kerabu dan nasi dagang sudah menjadi makanan jualan orang-orang dari negeri itu dan rasanya amat sedap dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negeri pun di Malaysia ini. Perniagaan Konsep Muslimah seperti telekung, jubah dan dan tudung juga penuh dijual di merata negeri milik orang-orang Kelantan. Terdahulu, Dr Mahathir bertemu dan berbincang mengenai pembangunan negeri dengan Menteri Besar Kelantan dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena program State Government 4 (SG4) di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 6 Oktober 2023. In Sha Allah negeri ini akan makmur dan berjaya jika sumber negeri dan kebolehan rakyatnya diperkenal dengan baik, katanya lagi.
#PrezCom