Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023, 10:03 – RABIATUN Adawiyah Azman, 33, ibu kepada arwah Muhammad Lutfil Faiq, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13, yang terbunuh di dalam kemalangan maut di di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk adalah anak-anaknya. Rabiatun berkata, gerak hatinya kuat untuk melihat. Alangkah terkejut apabila melihat mereka dua beradik yang terbaring di atas jalan. Ketika itu beliau dalam perjalanan menghantar seorang lagi anaknya berusia 10 tahun ke sekolah, namun berhenti untuk melihat kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan kereta.
Dalam kemalangan yang berlaku pada lebih kurang pukul 7.00 pagi itu, kedua dua anaknya itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada. Kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Modenas Kriss manakala pemandu kereta yang terbabit merupakan seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu Perodua Viva. Menurut surirumah berkenaan, kebiasaannya dia akan keluar bersama-sama dua beradik itu ke sekolah daripada rumah mereka di Kampung Pasang Api.
Biasanya beliau akan menghantar seorang lagi anak ke sekolah berdekatan dengan mereka. Namun pada hari kejadian, mereka keluar awal untuk ke sekolah manakala saya lewat daripada kebiasaan. “Tiada petanda luar biasa ditunjukkan Muhammad Lutfil dan Nur Lidiya. Sebelum ini mereka biasa salam tangan ayahnya saja. Tetapi kali ini mereka berdua mencium bapa mereka sebelum ke sekolah. Apa yang berlaku ini mengejutkan kami sekeluarga tetapi kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Menurut seorang jiran, Mohd. Sarani Yup, 51, berkata, kedua-dua beradik itu sering dilihat menunaikan solat di masjid dan rajin menegur mereka yang lebih tua. Setiap kali Mohd Sarani ke masjid pasti ada mereka dan selalu menegur mereka yang lebih tua dengan rasa hormat. Apa pun, ini semua suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah ke atas mereka. Berdoa untuk mereka agar diampunkan segala dosa-dosa dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.
#PrezCom