Tiger Stripes Cannes

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023, 18:00 – Filem cereka tempatan berjudul ‘Tiger Stripes’ telah dipilih secara rasmi mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) pada Mac 2024. Pemilihan filem Tiger Stripes telah dinilai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian serta pematuhan kepada peraturan penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur OSCARS.

Diterbitkan oleh syarikat penerbitan Ghost Grrrl Pictures yang turut diasaskan oleh Amanda Nell Eu, Tiger Stripes berkisar tentang seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh. Filem debut arahan Amanda itu mempamerkan beberapa pelakon baharu seperti Zafreen Zairizal dan Deena Ezral, serta veteran seperti Fatimah Abu Bakar dan Shaheizy Sam.

Di peringkat antarabangsa, filem ini telah memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke-62 sempena Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis. Selain itu, filem ini turut menerima Anugerah Khas Penghargaan Juri (Special Jury Mention) bagi kategori Filem Cereka Pertama di Fantasia International Film Festival ke-27 di Kanada, masing-masing pada bulan Mei dan Julai 2023.

Filem berbahasa Malaysia itu juga dicalonkan untuk anugerah kategori filem pertama terbaik, namun masih belum diumumkan. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah di atas kejayaan filem Tiger Stripes merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

“Tahniah filem Tiger Stripes mencipta sejarah, filem arahan anak Malaysia pertama yang merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kejayaan itu membolehkan Eu membawa pulang wang tunai EURO10,000 bersamaan hampir RM50,000 bagi edisi ke-62 festival itu. Selain itu, Tiger Stripes turut menerima Anugerah Khas Penghargaan Juri (Special Jury Mention) bagi kategori Filem Cereka Pertama di Fantasia International Film Festival ke-27 di Kanada, masing-masing pada Mei dan Julai lepas.

Semoga perkembangan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua penggiat filem untuk terus mendukung misi kerajaan dalam usaha memperkasakan industri perfileman negara di peringkat global. Pada masa yang sama, saya berharap usaha ini akan meningkatkan potensi penjenamaan serta pengantarabangsaan produk filem dan bakat kreatif negara yang berkualiti tinggi.

#PrezCom