
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023, 15.32 – ADA yang berpendapat, dengan gaji sebanyak RM1500, seorang lelaki itu masih tidak layak untuk berkahwin kerana ia adalah satu jumlah yang amat kecil untuk mengisi 2 perut. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, ramai wanita yang menolak untuk berkahwin dengan lelaki yang bergaji kecil kerana dianggap tidak relevan untuk hidup berkeluarga dalam kos sara hidup yang tinggi seperti sekarang ini.
Menerusi ciapan oleh @AbudiAlsagoff, individu tersebut bertanyakan kepada para wanita sama ada mereka terbuka untuk menerima lelaki yang meraih gaji RM1,500 sebulan. Jawapan yang diterima sememangnya telah dijangkakan iaitu menolak lelaki yang bergaji RM1,500 kerana dikatakan tidak cukup untuk menampung suami isteri dan menyara anak-anak.
Menurut seorang wanita dengan nama pengguna X, MsAverRose berkata, bayanglah kalau lelaki nak kawin kena jaga dua perut macam mana? Kalau aku jadi lelaki, aku tak berani lagi nak kahwin. Tambah beliau, secara jujurnya, untuk seorang wanita menyara diri dengan gaji RM1,500 pun tidak cukup sebulan. Bukan itu sahaja, menurut seorang wanita lagi yang bernama Nur Aini, “Sekarang barang semua naik. Gaji saya yang RM2,500 hingga RM2,800 pun rasa sempit lagi. Ini pula yang bergaji RM1,500 nak berkeluarga? Bukan tak bersyukur, tetapi stabilkan dulu pendapatan.” Di sebelah pihak lain yang juga bersetuju dengan kenyataan dua wanita di atas, seorang wanita yang bernama Nabila berkata, “Saya dah ada anak dua. Duit RM1,500 cuma lepas bayar bil api, air dan hibah, yang lain seperti bil telefon suami isteri, lampin pakai buang anak-anak, susu, internet, duit belanja dapur dan makan hari-hari semua tak lepas. RM1,500 memang tak cukup zaman sekarang.”
Walau bagaimanapun masih terdapat wanita yang boleh menerima lelaki yang bergaji RM1,500 sebulan jika lelaki tersebut mahu berkerja keras dengan melakukan lebih daripada satu kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup untuk menyara keluarga. Sebenarnya terdapat ramai lelaki di luar sana yang mampu menyara keluarga dengan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan. Menjadi agen insurans, menjadi pemandu grab, menjadi agen barangan elektrik atau menjadi agen hartanah merupakan pilihan para suami yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan untuk meraih pendapatan sampingan. Tiada perkara yang susah untuk dilakukan sekiranya mahu mencari keselesaan dalam kehidupan.
Tanamkan sifat mahu meningkatkan taraf hidup untuk diri dan untuk keluarga. Jika isteri tidak berbelanja barangan yang tak perlu, bermakna wang yang diberikan tidak cukup dan suami jangan cepat sangat melabel isteri boros. Melainkan memang betul-betul mampu memberi dalam jumlah yang terhad, maka sebaiknya berbincanglah elok-elok dengan isteri tentang cara untuk menguruskan perbelanjaan. Kita semua akan buat silap dan ada kekurangan, jadi kalau pasangan tegur untuk kebaikan, terimalah teguran itu dan ubahlah diri terutama dari segi perbelanjaan rumah. Bak kata pepatah melayu “Ukur baju di badan sendiri”. Berbelanjalah mengikut kemampuan, jangan berbelanja diluar kemampuan.
#PrezCom