Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023, 9.45 pagi – PENGERUSI Lembaga Tabung Haji Malaysia, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata, Tabung Haji (TH) akan terus memberi bantuan secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M membabitkan jemaah dalam kategori B40 dan M40 susulan jangkaan TH bahawa kos haji pada tahun depan dijangka naik hingga 11 peratus, disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan agensi berkeaan termasuk pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Arab Saudi.

Menurut Tan Sri Azman lagi, TH akan sedaya upaya untuk membantu urusan kewangan haji terutama kepada golongan yang memerlukan dan layak menerima bantuan. Situasi ekonomi semasa pasca pandemik COVID-19 yang jatuh begitu teruk sekali menjadi faktor penting menyebabkan peningkatan ketara kos bagi musim haji 1445H/2024M.

TH sememangnya telah menjangkakan kos urusan haji akan mengalami kenaikan setiap tahun iaitu sekitar lima hingga enam peratus untuk jangka masa panjang. Selain dari Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan faktor peningkatan kadar inflasi serta situasi mata wang semasa yang tidak menentu disebabkan pendemik Covid-19.

Menurut Tan Sri Azman, Kerajaan Arab Saudi turut melakukan perubahan pada sistem mereka, termasuk bagi permohonan visa. Ini semua mempengaruhi kenaikan kos termasuk faktor lain iaitu pembangunan pesat sekitar Kota Makkah membabitkan penyediaan lebih banyak fasiliti meliputi pembangunan hotel mewah, terutama berdekatan Masjidil Haram.

Walau bagaimana pun untuk musim haji akan datang, TH akan mengekalkan kemudahan penempatan strategik dengan jarak lebih dekat kepada jemaah haji tanah air. TH juga akan cuba untuk memberi bantuan kepada Jemaah haji yang bekelayakan. jika dilihat, peratus bantuan yang diberikan adalah tinggi berbanding kos sebenar haji. Contohnya untuk jemaah haji B40, bantuan diberikan hingga 63 peratus, manakala M40 pula sebanyak 50 peratus,” katanya.

Walaupun ada banyak cabaran besar dengan kebanyakan kos naik mendadak, kita masih cuba membantu. Tahun ini, bantuan bayaran haji yang dikeluarkan TH adalah sebanyak RM265 juta. Walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850 berbanding RM28,632 tahun lalu, TH tetap meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar. Bantuan itu membabitkan kategori B40 dan M40 yang mana jemaah haji B40 hanya perlu membayar RM10,980, manakala M40 pula menampung kos RM15,980.

#PrezCom