
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023, 1.01 tengahari- Pementasan teater Merong Mahawangsa buat kali kedua bakal diadakan di Auditorium Parcel E Putrajaya. Sebelum ini teater Merong Mahawangsa ini telah dipentaskan di Kolej Vokasional Gombak (KVG) dan telah mendapat sambutan yang hangat. Menurut Pengarah kisah Merong Mahawangsa ini iaitu Nohman Isa, pementasan ini telah mendapat sokongan padu dari orang kenamaan (VIP) yang hadir dan pementasan kali ini dilihat lebih berskala besar dan mendapat sambutan.
Salah seorang dari VIP yang hadir pada pementasan tersebut iaitu Datuk Zarina dan beberapa orang lagi VIP yang lain begitu tertarik dengan persembahan teater itu dan mencadangkan agar ia dipersembahkan dipentas yang lebih besar dan di luar dari kawasan yang biasa diadakan. Menurut Datuk Zarina lagi, pementasan kali ini dilihat lebih istimewa dengan penampilan pelakon dan penyanyi Ezlynn sebagai salah seorang pemegang watak didalam kisah Merong Mahawangsa ini. “ Saya membawa masuk sekali kawan-kawan dalam aktivis pelakon teater untuk bergabung dalam pementasan kali ini selain itu turut dibantu oleh penyanyi yang pernah popular suatu masa dahulu iaitu Ezlynn” .katanya.
Sebagai penampilan istimewa di dalam pementasan tersebut, secara tidak langsung dapat membantu para pelajar menimba ilmu dalam bidang teater. Di dalam pementasan teater tersebut Ezlynn telah menyampaikan lagu popularnya iaitu ‘ Hai- hai bye-bye”. KVG merupakan tulang belakang kepada teater bangsawan Merong Mahawangsa dan juga bertindak sebagai operator persembahan.
Turut membantu di dalam persembahan teater itu adalah guru-guru yang bertugas bagi menyelaras para pelajar sebagai pelakon dan membantu dibelakang tabir. Para pelajar yang memegang watak di dalam pementasan ini terdiri dari berbagai jurusan. Diantaranya dari jurusan pengurusan perniagaan, peruncitan, pengurusan Insurans dan multimedia. Namun kesemua pelajar yang terbabit telah menunjukkan minat yang mendalam didalam bidang seni teater ini dan menunjukkan kemahiran masing-masing yang tidak disangka-sangkakan.
Datuk Zarina berkata, “ Harapan saya untuk teater ini semoga menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak yang tidak belajar disekolah-sekolah seni demi mencungkil bakat dan kemahiran pelajar dalam kokurikulam” Katanya dalam satu kenyataan.
Pementasan teater Bangsawan “Merong Mahawangsa Dendam Berdarah”, oleh pelajar Kolej Vokasional Gombak (KVG) menerusi GVoC Production dari 28 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 di Dewan Besar Kolej Vokasional Gombak telah berjaya menyerlahkan bakat para pelajar dan warga pensyarah KVG Gombak dalam seni teater selari dengan usaha mengangkat warisan bangsa. Teater Bangsawan Merong Mahawangsa Dendam Berdarah arahan Encik Nohman Isa ( pengiat senit eater) telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha (YBrs.) Encik Zulkernain Fauzi, Timbalan Pengarah Kanan Kluster Pembangunan Kurikulam dan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
#PrezCom