Kuala Lumpur, 30 September 2023, 3.46 petang – TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, Kerajaan sememangnya mengawal harga barangan asas seperti RON 95, diesel, beras tempatan, gula, minyak masak paket, ayam bulat standard, dan telur ayam gred A, B, serta C.
Selain itu, antara produk yang mengalami kenaikan harga ialah Twiggies, Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yelllow Noodle dan Numee Keluarga.
Pada masa yang sama Fuziah mempersoalkan gesaan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh supaya kerajaan mengawal sepenuhnya pengurusan barangan keperluan asas. “Akmal perlu perjelas apa maksud kenyataan beliau. “Dia ni exco (kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan Melaka), jadi dia kena faham punca kuasa,” katanya kepada FMT. Fuziah juga meminta supaya Dr Akmal menjelaskan gesaannya kerana ia berkait akta dan dasar.
Fuziah mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia itu supaya menguruskan barangan asas dan bukan memberikan hak pengurusan sepenuhnya kepada pihak swasta. Kenyataan Dr Akmal itu menyusul selepas Fuziah mengarahkan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menjelaskan kenaikan harga 30 produknya antara 10 sen hingga 40 sen mulai Ahad ini.
Susulan dari keputusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd untuk menaikkan harga 30 produknya, Fuziah telah mengarahkan pihaknya untuk menghantar surat kepada Syarikat tersebut untuk menuntut penjelasan dan tunjuk sebab berkenaan dengan kenaikan itu. Fuziah juga berkata, Gardenia diberi tempoh enam hari hingga 2 Okt untuk menjelaskan tindakan menaikkan harga tersebut.
Dalam satu petikan akhbar FMT pada 28 September 2023, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh berkata “ “Kerajaan perlu menentukan, bukan ditentukan oleh mereka (sektor swasta)” katanya di Facebook. Ini berikutan terdapat banyak kenaikan harga yang tidak wajar terhadap barangan asas yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Secara umumnya rakyat mengeluh dan menghadapi tekanan kerana kenaikkan harga barang yang tidak setimpal dengan pendapatan bulanan rakyat .
#PrezCom