Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata, keputusan sama ada UMNO akan bergerak solo atau bersama dengan parti komponen lain bagi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) hanya ditentukan setelah parti itu menilai semula sejauh mana kekuatan untuk terus berada di dalam arus politik negara.

Amat penting untuk UMNO mengetahui tentang kemampuan diri sendiri samada sudah bersedia untuk menempuh PRU akan datang memandang buat masa ini UMNO dilihat tidak begitu stabil untuk terus bersaing di dalam sebarang pilihan raya baik Pilihan Raya Negeri atau pun Pilihan Raya Umum.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini tumpuan UMNO adalah untuk mengukuhkan dan memperkuatkan parti. UMNO masih mempunyai empat tahun lagi menjelang PRU16 yang dijangka berlangsung pada 2027. Menurutnya, penting untuk UMNO mengukur baju di badan sendiri sebelum membuat keputusan untuk pertempuran lebih besar.

Pada program ‘Sembang Santai’ anjuran Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di Felda Chemomoi pada hari Rabu yang lepas, Mohamad Hasan berkata, matlamat utama UMNO pada tahun 2027 adalah untuk menilai kebolehan diri sendiri samada boleh berdikari atau masih perlu rakan untuk bertanding di PRU akan datang.

Mohamad Hasan mengakui, buat masa ini UMNO masih tidak punyai kekuatan dan masih perlu rakan untuk menyokong setiap aktiviti atau program yang dilakukan. Mohamad Hasan menegaskan Pilihan Raya Kecil merupakan medan pertempuran kecil yang diatur khas untuk mengendurkan kekuatan musuh. Pada masa yang sama Mohamad mengingatkan semua ahli UMNO agar tidak berasa selesa dengan kemenangan di PRK Pulai dan Simpang Jeram kerana ujian sebenar adalah di PRU-16 nanti.

#PrezCom