Kuala Lumpur, 27 September 2023, 16:31 – BAKAL merealisasikan penubuhan Persatuan Wartawan Malaysia (PWM), Ikatan Setiawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia berhasrat untuk menjadi tunjang peneraju penubuhan tersebut. PWM ialah satu badan yang dicadangkan untuk ditubuh bagi menjaga, melindungi dan memartabatkan profesionalisma kewartawanan di Malaysia.

Memetik kenyataan Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Hussain berkata, “Jadi ada perkara-perkara yang banyak kita di Malaysia boleh pelajari terutama kita pun juga sekarang dalam langkah untuk mewujudkan persatuan induk di Malaysia iaitu Persatuan Wartawan Malaysia. Jadi Insya-Allah apa yang dapat dilihat berlakunya di Indonesia ini, banyak pengalaman akan digunakan dalam mengukuhkan dunia kewartananan kita di Malaysia. Insya-Allah.”- Youtube Draz Visual

Sehubungan dengan itu, sokongan yang baik turut ditunjukkan oleh Ahli Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Ilham Bintang. Beliau berkata, “Saya berharap momentum yang digunakan untuk merayakan Hari Wartawan Nasional di Malaysia itu bisa memicu para wartawan untuk segera menubuhkan Persatuan Wartawan Malaysia, PWM, sehingga koordinasi wartawan itu untuk bisa memberi kontribusi besar kepada negeri dan kepada bangsa Melayu misalnya, kepada bangsa Malaysia, untuk lebih konkrit kerana yang pertama, ada lembaga yang mengurusi kode etik jurnalistiknya, ada lembaga yang mengurusi pentaatan kepada kode etik itu. Itu gunanya organisasi.” – BERNAMA

Terdahulu, cadangan penubuhan PWM ini telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), Sariha Mohd Ali pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka tahun lalu. Memetik ucapannya, “Sudah tiba masa semua pengamal media diletakkan di bawah satu persatuan yang dapat menjaga kepentingan dan kebajikan ahlinya. Apabila direalisasikan kelak, kerjaya kewartawanan akan membawa dimensi baharu sejajar perubahan negara ke arah Industri Revolusi 4 (IR4.0),” katanya. – Berita Harian Online

Sebelumnya, ISMAWI Malaysia telah memenuhi jemputan menghadiri Kongres PWI ke-25 di Bandung selama dua hari bermula pada 25 September yang lalu. Turut diberi penghormatan untuk bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bagi majlis perasmian Kongres tersebut di Istana Negara, Jakarta. ISMAWI Malaysia juga turut ditawarkan untuk merasai pengalaman menaiki keretapi laju dari Jakarta ke Bandung.

Sumber rujukan: BERNAMA.com, Youtube Draz Visual, Berita Harian Online

#PrezCom