Kuala Lumpur, 24 September 2023, 5.05 petang – Polis telah memberkas dua lelaki kerana disyaki meleraikan komponen motosikal curi di Jalan SS15/4C Subang Jaya dekat sini pada hari Sabtu. Sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Khas Balai Polis Subang Jaya telah membuat pemerhatian terhadap dua suspek berusia 26 dan 29 tahun itu pada jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat berkata, “Kita mendapati dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan sedang meleraikan komponen dua buah motosikal sebelum melakukan serbuan,” katanya ketika dihubungi pada hari ini. Pemeriksaan oleh pihak mendapati dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut Wan Azlan lagi, siasatan awal kedua-dua suspek itu mengaku telah mencuri motosikal terbabit dan mahu meleraikan komponen kenderaan itu. Semakan lanjut telah dibuat dan pihak polis telah menjumpai sebuah motosikal yang telah dilaporkan hilang di Setapak pada Khamis lalu,” katanya.

Setelah di soal siasat, kedua dua suspek mengakui telah mencuri motosikal tersebut dan mahu meleraikan komponen motosikal itu. Pada siasatan seterusnya turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sungguh pun hidup dalam kesempitan mungkin disebabkan kehilangan pekerjaan sewaktu COVID-19 atau apa jua alasan, namun masih ada ruang untuk memohon bantuan bagi meringankan beban samada menerusi agensi berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) atau pun ahli politik. Jangan jadikan jenayah sebagai alasan untuk mengatasi kesempitan yang dilalui.

#PrezCom