Kuala Lumpur, 22 September 2023, 12:00 – PAKAR air, udara dan kesihatan rumah Coway buat kesekian kalinya telah melancarkan satu kempen yang bertujuan untuk memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia yang dinamakan “Rest with Coway”. Kempen ini menyasarkan strategi untuk mewujudkan persekitaran holistik dan tenang serta memupuk cara hidup yang lebih tenang kepada orang awam.
Memetik terjemahan ucapan Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran & Pendidikan Coway Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, ” Di Coway, kami percaya bahawa kesejahteraan sebenar bermula dengan ketenangan dan tidur nyenyak yang berkualiti. Kempen kami, Rest with Coway adalah cerminan komitmen kami terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami memahami cabaran kehidupan moden, dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada keupayaan kita untuk berehat dan rejuvenasi.
Melalui penawaran produk kami seperti kerusi urut, tilam, dan penghawa dingin, kami berhasrat untuk menyediakan tempat perlindungan keselesaan dan ketenangan di setiap rumah di Malaysia. Kami mahu menjadi rakan kongsi dalam perjalanan anda ke arah tidur yang lebih lena dan peningkatan kesejahteraan. Kami percaya bahawa dengan melabur dalam rehat yang berkualiti, kami boleh memperkasakan rakyat Malaysia untuk menghadapi setiap hari dengan cergas dan bertenaga. Yakinlah, Coway bersedia untuk menyokong anda dalam usaha mendapatkan tidur yang lebih lena, dan akhirnya, kualiti hidup yang lebih baik.”
Terdahulu Coway dengan kerjasama Grey Malaysia telah menjalankan satu tinjauan yang mengkaji corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil tinjauan itu mendedahkan bahawa 78% rakyat Malaysia tidak cukup rehat, 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin, 62% rakyat Malaysia tidur lebih cepat dengan badan yang santai, manakala 79% rakyat Malaysia memerlukan katil yang lebih selesa.
Komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia, Coway telah bekerjasama dengan panel pakar terbilang dari pelbagai bidang termasuklah pakar diet Celeste Lau, ahli psikologi klinikal Michelle Chong, perunding pernafasan, tidur & perubatan dalaman Dr Nurul Yaqeen, dan pereka dalaman Effendy Nadzri, dalam menyediakan panduan komprehensif tentang pemahaman konsep ketenangan dan memupuk tabiat tidur yang lebih baik. Usaha kerjasama ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia terhadap pandangan yang berharga dan strategi praktikal untuk mencapai keadaan tenang, sekali gus menggalakkan tidur yang lebih berkualiti pada waktu malam.
Berkesinambungan dengan itu, Coway telah menganjurkan satu acara “memanjakan media” di Escape Bali, Subang Jaya pada 20 September 2023 lepas bagi memberi pengalaman yang dapat menghilangkan tekanan, berehat dan belajar rahsia bagi mendapatkan tidur yang lena untuk malam yang lebih baik kepada kakitangan media. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pengenalan terhadap sebahagian produk coway seperti kerusi urut, tilam dan penghawa dingin, aktiviti mewarna mandala serta tutorial membuat sabun yang interaktif dan menarik.
Rakyat Malaysia boleh menemui lebih banyak petua dan nasihat untuk mencapai ketenangan di laman web Rest with Coway, www.restwithcoway.com.my.
#PrezCom