Kuala Lumpur, 22 September 2023, 4.25 petang -UMUM maklum, ramai yang panik tengok harga beras import melonjak mahal sekarang dan produk tempatan pula tiada di pasaran.
Berita baik buat warga Selangor. Dalam kemelut kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras di pasaran, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tampil membantu rakyat. Sempena kempen Jualan Beras Ehsan yang sudah bermula tiga hari lalu, 2,700 kampit beras disediakan setiap hari di lokasi yang telah dijadualkan.
Jualan Rahmah PKPS, warga Selangor boleh dapatkan beras di lokasi ini:
Untuk masa terdekat, lokasi adalah seperti berikut;
SABTU, 23 September 2023:
1. BATANG KALI, HADAPAN SK BANDAR SG BUAYA
2. PERMATANG, DEWAN TAMAN TENNAMARAM
3. BUKIT GASING, TEMPAT PARKING SEKSYEN 8 (BERHADAPAN IPD PJ DAN MEDAN SELERA SEKSYEN 8)
4. HULU KELANG, DEWAN SERBAGUNA MPAJ AU5
AHAD, 24 September 2023
1. HULU KELANG, DEWAN SERBAGUNA MPAJ AU2
2. PANDAN INDAH, DEWAN KOMUNITI, JLN NIRWANA 44, TMN NIRWANA
3. KOTA ANGGERIK, PEJABAT PERSATUAN PENDUDUK BLOK 7, JALAN 8/1, SEKSYEN 8
4. SEKINCHAN, DEWAN DATO SUMAD I
Jualan ini berlangsung pada setiap hari. Anda boleh layari Facebook PKPS untuk mengetahui jadual lokasi harian. Jom dapatkan beras dengan harga RM13 sahaja untuk lima kilogram (kg) bermula esok.
Antara syarat yang ditetapkan adalah satu keluarga untuk satu pek. Selain itu, jualan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja berumur 18 tahun ke atas dan setiap pembelian perlu menunjukkan kad pengenalan-Sumber dari Sinarplus.
#PrezCom