
Kuala Lumpur, 21 September 2023 , 3.27petang-SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mengingatkan waris keluarga kepada anak mereka terjebak sebagai mangsa dalam jenayah penipuan pekerjaan di luar negara diingatkan agar tidak sekali-kali membayar tebusan.
Terdapat kes dimana ibu bapa mangsa pernah membayar sehingga RM1 juta ringgit mengikut kehendak sindiket tersebut namun anak mereka masih juga tidak dibebaskan. Hishamuddin berkata, pihaknya ada menerima kes yang seorang bapa terpaksa menggadaikan tanah pusaka miliknya demi menyelamatkan anak di luar negara dan sudah bayar RM90,000 kepada sindiket tetapi mangsa masih lagi tidak bebas sebelum melaporkan kepada MHO.
Paling menyedihkan, sindikit ini didalangi oleh ahli perniagaan terkenal di Malaysia dan amat menyedihkan lagi ahli perniagaan tersebut tidak pernah menawarkan sebarang tebusan bagi pembebasan mangsa yang dibawa ke Myanmar. “Sebaliknya mangsa akan dikerah bekerja sebagai penipu atas talian dengan diawasi sekumpulan samseng rakyat Malaysia yang bersekongkol dalam kegiatan jenayah itu.
Mengambil kesempatan dari apa yang menimpa mangsa dan keluarga mereka, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan untuk menjadi pihak yang kononnya mampu menjadi orang tengah untuk membebaskan mangsa atau perunding untuk membebaskan anak-anak mereka namun pihak yang mengaku menjadi perunding itu hanya mengeksploitasikan penderitaan keluarga mangsa dengan mengambil wang mereka tetapi tidak membayarnya kepada sendikit tersebut.
Terdahulu dari itu, Datuk Hishamuddin Hashim dan kakitangannya menyambut kepulangan seorang mangsa berusia 24 tahun yang tiba kira-kira pukul 9.57 malam tadi dan menaiki pesawat AirAsia penerbangan AK 0893 dari Bangkok, Thailand, malam tadi.
Perkara seperti ini perlu di sebarkan seluasnya melalui berbagai saluran media supaya rakyat Malaysia terutama para remaja wajib berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan agen-agen pencari orang untuk berkerja diluar negara. Perkara yang berlaku kepada mangsa yang telah berjaya diselamatkan harus dijadikan iktibar kepada semua pihak.
#PrezCom