Kuala Lumpur, 21 September 2023 , 6.00 petang -PENGERUSI Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mesyuarat yang diadakan pada hari ini, sebulat suara membidas tindakan biadab Mohd Radzi di dalam insiden kekecohan yang berlaku sewaktu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam.
“Mesyuarat hari ini sebulat suara membidas tindakan biadab Mohd Radzi kerana keengganan beliau mematuhi arahan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat di dalam Parlimen sewaktu sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Menurut Shamsul lagi, tindakan kurang sopan Radzi di dalam Dewan Rakyat semalam telah menunjukkan sikap yang sangat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan tidak dapat menerapkan nilai-nilai keharmonian serta kesopanan di dalam diri sehingga sanggup berkelakuan biadab di dalam sebuah dewan yang mulia seperti di dalam Dewan Rakyat dan dihadapan seorang Perdana Menteri.
Menurut Shamsul lagi, Radzi boleh membuat usul sekiranya tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun sebaliknya beliau bertindak berang dengan berterusan menghambur kata-kata yang tidak sopan di dalam dewan dan tidak menghiraukan arahan Speaker.
Disebabkan kekecohan terus berlaku, Yang Dipertua Dewan Rakyat diarahkan keluar dewan kerana enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan. Susulan itu, Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan majlis selepas tidak berpuas hati dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kata orang, budi bahasa dan adab tidak boleh dijual beli. Ia sesuatu yang sangat luhur dan terbit daripada hati sanubari seseorang. Sikap kita dalam berinteraksi dan berkomunikasi jelas melambangkan peribadi. Adakalanya kita tidak peduli perasaan orang lain apabila kita berkomunikasi. Apabila komunikasi tidak berhemah ini terjadi, salah faham akan berlaku, sekali gus boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia.
Tidak mustahil jika rasa sakit hati bersarang dalam jiwa mereka. Bukan sahaja akan mendatangkan kebencian malah akan bertukar menjadi satu dendam yang berpanjangan. Kepada yang berkuasa dan tidak berkuasa cuba bertolak ansur antara satu sama lain. Rakyat di luar sedang memerhatikan anda semua.
#PrezCom