Kuala Lumpur, 21 September 2023, 09.51 – SATU kemalangan maut telah berlaku di Jalan Persiaran Utara, berdekatan Presint 12 pada pagi semalam yang melibatkan 2 buah motosikal dan sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Yamaha FJR 1300 yang sedang membuat penutupan jalan semasa program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Le Tour De Langkawi (LTdL) 2023 yang turut terlibat dalam nahas itu namun anggota polis yang menunggang motosikal tersebut tidak mengalami kecederaan.

2 penunggang motosikal yang maut dikenali sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25 tahun yang juga kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39 tahun seorang penjawat awam di Mahkamah Ampang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, proses bedah siasat jenazah akan dijalankan esok pagi. Sebelum itu, jenazah Faris Haziq disahkan oleh ayah arwah manakala arwah Yuswar disahkan oleh isterinya di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya kira-kira 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pihaknya juga mengesahkan sebanyak 14 buah kenderaan terbabit dalam nahas itu yang menyebabkan 14 mangsa cedera dan dua maut.

Dua mangsa lain yang tercedera termasuk seorang pemandu kereta Perodua Axia yang dikenali sebagai Karli Rastio, 69, cedera di paru-paru, patah tulang leher dan cedera dalam perut manakala, seorang lagi mangsa, Abdul Latif Ahmad, 58, cedera di kepala.

Kedua-dua pemandu kereta kini masih dirawat dan ditempatkan di Zon Merah Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang. Nahas berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir dan batu dari arah Kajang menghala ke Puchong hilang kawalan sebelum melanggar beberapa buah kenderaan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

A. Asmadi berkata, sebelum itu, kenderaan lain yang terbabit dalam nahas itu terlebih dahulu memberhentikan kenderaan selepas diarahkan polis yang terlibat dengan penutupan jalan di lokasi kejadian. A. Asmadi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengesan punca kejadian.

#PrezCom