Kuala Lumpur, 20 September 2023, 10:15 – AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pengumuman itu dibuat oleh Speaker DUN Selangor, Lau Weng San dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN Selangor ke-15. Pencalonan dibuat pada15 September lalu setelah menerima surat daripada Perikatan Nasional (PN) Selangor.

Lau Weng San iaitu Speaker DUN Selangor berharap, Azmin Ali dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah diucapkan,” katanya. Jawatan Ketua Pembangkang pada penggal lalu milik ADUN Sungai Air Tawar daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail, bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) dan BN bergabung pada pilihan raya negeri (PRN).

Pada 12 Ogos yang lalu, gabungan PH-BN telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 sekali gus telah membentuk kerajaan negeri dengan menguasai 34 daripada 56 DUN. Pada 21 Ogos, seramai 10 ADUN mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah.

Sebanyak 10 jawatankuasa portfolio dibentuk oleh parti Perikatan Nasional (PN) Selangor untuk semak dan imbang Exco Kerajaan Selangor dan beliau sendiri akan mengetuai portfolio Kewangan, Ekonomi, Tanah dan Sumber Alam.

Untuk sembilan lagi portfolio, Datuk Dr Halim Tamuri akan menerajui Pendidikan dan Sumber Manusia; Datuk Seri Jamil Salleh – Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Infrastruktur; Dr Afif Bahardin – Kesihatan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani – Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Industri Digital; Muhammad Hilman Idham – Generasi Muda dan Sukan; Nushi Mahfodz – Agama Islam dan Pembangunan Desa; Nurul Syazwani Noh – Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan; Sallehein Mukhyi – Pertanian dan Industri Agromakanan serta Datuk Noorazley Yahya – Pelancongan dan Kebudayaan Warisan Melayu.

Menurut Azmin, kesemua mereka yang diberi peranan untuk menjalankan semak dan imbang untuk Exco Kerajaan Selangor telah berjanji akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan memberikan khidmat yang terbaik melalui perbahasan perbincangan dalam dewan negeri Selangor.

#PrezCom