
Kuala Lumpur, 16 September 2023, 2.30 petang.
AHLI Parlimen Pagoh, yang juga Pengerusi parti Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa beliau telah berkali-kali disiasat dan berhadapan pendakwaan jenayah hanya kerana menyuarakan keresahan orang Melayu dan Islam. Beliau meminta supaya kerajaan tidak menjadikan isu 3R sebagai alasan untuk menutup mulut rakyat.
Namun, apabila pemimpin di blok kerajaan bercakap perkara tidak benar dan membangkitkan sentimen perkauman, seperti tiada tindakan diambil. Tan Sri Muhyiddin berkata lagi, “Adakah saya sebagai pemimpin Melayu dianggap sebagai penjenayah semata-mata kerana menyuarakan kepentingan orang Melayu dan Islam?
Beliau bertanya lagi, “Sejak bila pemimpin Melayu di negara ini sudah tidak boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu dan Islam? Penjajah British telah lama meninggalkan tanah air kita,”. Mahyuddin mengatakan bahawa dasar yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang lebih teruk dari dari dasar yang dijalankan oleh penjajah dahulu. Namun diakhir perbahasaannya, Muhyiddin berdoa agar Malaysia akan sentiasa berada didalam keadaan yang aman damai, maju dan makmur dengan rakyat yang berbilang kaum serta hidup dalam keadaan harmoni. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Pada 5 Julai yang lepas, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan agenda menyatukan masyarakat Melayu. Ia bertujuan untuk memastikan perjuangan bagi memartabatkan masyarakat Melayu harus diteruskan. Pengerusi Sekretariat Proklamasi Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kedua-dua pemimpin itu telah mengenepikan perbezaan pendirian politik antara mereka dan bersetuju untuk mempromosikan pergerakan Proklamasi Melayu.
Menurut Datuk Seri Khairuddin, pergerakan Proklamasi Melayu ini akan juga memberi peluang kepada sesiapa jua orang Melayu yang ingin bersatu tidak kira apa jua pegangan politik mereka dan ia juga tidak berlandaskan pendirian parti tetapi lebih kepada perjuangan dan semangat Melayu sahaja. Proklamasi Melayu ini membincangkan untuk menyelesaikan isu-isu Melayu berdasarkan hak kaum Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan membenarkan sebarang perbuatan melanggar hak kaum-kaum lain di negara ini secara tidak berperlembagaan.
Datuk Seri Khairuddin dan Tan Sri Muhyiddin mengalu-alukan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan saya. “Saya sedar bahawa perkembangan politik baru-baru ini telah meletakkan orang Melayu dan Islam di negara ini di satu kedudukan yang sulit,” katanya.
#PrezCom