Kuala Lumpur, 16 September 2023, 6.00 petang.
Satu insiden kekecohan berlaku dalam aksi perlawanan separuh akhir liga bola sepak anjuran Pasukan Bola Sepak Ipoh (PBI), di padang bola sepak Taman Dr. Seenivasagam. Satu rakaman video berdurasi 49 saat tular di media sosial memaparkan kekecohan membabitkan pemain serta jurulath susulan tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadilan. Namun tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut. Susulan dari tayangan video itu, semakan oleh pihak polis telah dibuat bagi mengesahkan perkara tersebut.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan lanjut oleh pihaknya mendapati kejadian dalam video berkenaan berlaku semalam kira-kira jam 6.55 petang. Beliau berkata, dalam kejadian itu sekumpulan jurulatih dan pemain yang kalah dalam perlawanan bola sepak tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil lalu bertindak mengejar beberapa pengadil selepas perlawanan selesai.
“Walau bagaimana pun tiada insiden pergaduhan besar berlaku yang mendatangkan kecederaan. Berikutan dari kejadian tersebut, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat palsu dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak pasti mengenai rakaman video terbabit sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,”. tambah Asisten Komisioner Yahaya Hassan lagi.
Bersukan sepatutnya menjadi ejen perpaduan, bukan pemangkin pergaduhan. Tragedi rusuhan ketika perlawanan bola sepak yang sering berlaku boleh dijadikan iktibar kepada semua pihak. Terdapat banyak tragedi pergaduhan di dalam perlawanan bola sepak yang menyebabkan kehilangan nyawa dikalangan penonton dan mendatangkan kecederaan kepada pemain, jurulatih dan pengadil. Jadikan sukan sebagai ejen perpaduan, bukan sebagai ejen yang menyuburkan pergaduhan untuk menunjukkan pihak mana yang lebih kuat.
#PrezCom