Kuala Lumpur, 15 September 2023, 1.00 tenghari.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini, Selangor merupakan negeri yang mencatitkan jumlah paling tinggi kes keganasan rumah tangga. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussin Omar Khan, bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu sebanyak 813 kes telah direkodkan dan ia menjadikan Selangor negeri paling tinggi mencatit kes ini di Malaysia .
Daerah Gombak merupakan daerah paling banyak berlaku kes keganasan rumah tangga iaitu sebanyak 147 kes diikuti Kajang, 91 kes dan Petaling Jaya sebanyak 79 kes. Manakala daerah yang mencatitkan kes terendah adalah Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes). Statistik yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di Selangor sejak 2017 sehingga 2021 kecuali penurunan sebanyak 466 kes tahun lalu.
Kes paling banyak mendatangkan kecederaan pada isteri merupakan kes paling tinggi yang dicatitkan iaitu sebanyak 352 kes, mendatangkan kecederaan kepada adik beradik, 177 kes dan mendatangkan kecederaan kepada suami, 121 kes. Kes yang mendatangkan kecederaan untuk kategori lain adalah melibatkan bekas isteri, bekas suami, ipar, madu, menantu dan sepupu.
Ungkapan pepatah Melayu yang berbunyi ‘tidak menjaga tepi kain orang’ perlu dikikis kerana masyarakat dikeliling kita perlu peka terhadap apa yang berlaku kepada jiran, sahabat, adik beradik, saudara mara atau individu yang tidak dikenali. Sikap mengambil berat antara satu sama lain adalah sikap yang mulia dan digalakkan di dalam semua agama di dunia ini.
Kes jenayah keganasan rumah tangga boleh mendatangkan mudarat sehingga menyebabkan kematian jika dibiarkan berlarutan. Kata Datuk Hussein Omar Khan dalam Majlis Perasmian Penutup Seminar Memerangi Rumah Tangga 2023 Polis Selangor pada 13 September 2023 yang lalu.
#PrezCom