Bayi Lima Bulan Perlukan RM80 Ribu Untuk Raawatan Jantung Berlubang

 

Kuala Lumpur, 14 September 2023, 10.00 malam.

Tan Yu Fei, seorang bayi berusia 5 bulan, memerlukan bantuan sejumlah RM80,000 untuk pembedahan jantung berlubang atau ‘atrioventricular septal defect’ (AVSD) dan sindrom down. Tan Yu Fei disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Tan Yu Fei merupakan anak kedua kepada pasangan Tan Teng Inn, 42 tahun dan Lim Eik Ying, 35 tahun.

Menurut Tan Teng Inn, anak keduanya itu mempunyai lubang sebesar 6 milimeter (mm) di jantung selepas jururawat mendapati pernafasan Yu Fei laju. Tan Yu Fei memerlukan alat bantuan pernafasan selain terpaksa makan dan minum menggunakan tiub. Menurut Tan Teng Inn lagi, pendapatannya dan isteri hanya sekitar RM2,500 sebulan dan tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan tersebut. Tan Teng berkata lagi, beliau juga terpaksa menjaga ibunya di Kuala Terengganu yang sedang menjalani dialisis akibat sakit buah pinggang.

Teng Inn dan Eik Ying mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 4 tahun. Sehingga kini Tan Yu Fei masih lagi tidak dapat bertemu dengan abangnya kerana Tan Yu Fei dirawat di Unit Rawatan Rapi dan tempat tersebut adalah dilarang daripada dimasuki kerana ia adalah tempat khas untuk pesakit kronik. Teng Inn pernah mendapat bantuan daripada keluarganya mengenai urusan rawatan Tan Yu Fei namun ia tidak mencukupi. Teng Inn dan Eik Ying amat berharap anak mereka itu akan hidup sihat dan gembira seperti kanak-kanak lain.

“Hanya pembedahan dapat menyelamatkan nyawa anak saya, namun pendapatan keluarga kami tidak dapat menampung kos itu. Saya mahu mengakhiri penderitaan yang ditanggung Yu Fei dengan membawanya pulang ke rumah kerana sudah terlalu lama di hospital,” kata Teng Inn.

Kepada sesiapa yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 atau akaun Bank Muamalat 1401-008-8427-18 dengan menyertakan nama pesakit.

Bagi sumbangan menggunakan cek, nama pesakit perlu ditulis di belakang cek berkenaan dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

#PrezCom