
Kuala Lumpur, 4 September 2023, 03.24 petang
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah mengingatkan, daripada 39 kawasan di 10 daerah di negeri Kedah, 11 lokasi adalah di Baling termasuk di kawasan Lata Celak Iboi, berhampiran Kampung Iboi yang pernah berlaku kejadian banjir lumpur akibat kepala air tahun lalu. Beliau menambah lagi, enam kawasan air terjun di Yan termasuk di Titi Hayun yang mengakibatkan enam terkorban akibat kepala air dua tahun lalu selain Seri Perigi, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari, Kem Rekreasi Puteri Mandi dan Batu Hampar.
“Selain itu, air terjun Lata Mengkuang, Pusat Peranginan Rimba Taqwa, Lata Charok Rambai, Lata Batu Hampar Hujung Bandar serta Sungai Viral di daerah Sik pernah berlaku kepala air. Empat kawasan di daerah Kulim iaitu Kem Rekreasi Sungai Sedum, Kem Rekreasi Ulu Paip, Lata Bukit Hijau dan Pusat Rekreasi Air Putih Junjung juga antara lokasi berisiko. “Empat pusat peranginan di Langkawi, tiga lokasi di Kuala Muda, dua kawasan air terjun masing-masing di Kubang Pasu dan Padang Terap serta satu di Bandar Baharu dan Pendang,” katanya pada sidang media di Pejabat APM Kota Setar, di sini hari ini.
Kejadian kepala air yang melanda pusat peranginan Lata Bayu, Asam Jawa di Baling dan Lata Mengkuang di Sik, Khamis lalu, berpotensi berulang kembali berikutan faktor cuaca serta peralihan monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut ketika ini. Dalam kejadian Khamis lalu, dua wanita berusia 17 dan 22 tahun yang terperangkap dalam arus deras akibat kepala air yang berlaku di air terjun Lata Bayu di Baling pada jam 4.30 petang dan diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling manakala kejadian di air terjun Lata Mengkuang di Sik pada hari sama namun tidak membabitkan mangsa.
Dalam pada itu, Saifuddin turut menasihatkan orang ramai melakukan aktiviti pantai terutama di Langkawi supaya berhati-hati kerana berkemungkinan air pasang berlaku yang boleh menyebabkan ombak besar. Sehubungan itu, katanya, anggota APM di Kedah ketika ini bersiap sedia bagi menghadapi kejadian banjir kilat sekiranya berlaku air pasang yang dijangka berlaku bulan ini.
Saifuddin juga menasihatkan orang ramai yang hendak beriadah di kawasan berkenaan supaya mengenal pasti tanda-tanda berlaku kejadian kepala air di kawasan terbabit termasuk air bertukar menjadi keruh, air mengalir laju dengan disertai ranting kayu dan daun kering, deruan air deras dari atas gunung atau bukit, awan bertukar gelap di bahagian atas gunung atau bukit atau air sungai berbuih.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Negeri memberi pemerhatian di Lata Arus Deras Sungai Sedim di daerah Kulim, Kampung Iboi, Baling dan Gunung Jerai, Yan. Kawasan yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah diantara lokasi berisiko berlakunya banjir aliran puing. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Bebas-Alor Mengkudu) mengenai adakah kerajaan negeri mengenal pasti kawasan lain yang perlu diberi perhatian dan perlu dipasang sistem pemasangan sistem amaran awal banjir.
“Ada lagi kawasan berisiko iaitu Lata Bukit Hijau di Baling tapi tidak terlalu hampir dengan kawasan penduduk dan kebanyakan kawasan itu berada dalam kawasan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) berbanding Lata Arus Deras Sungai Sedim,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. “Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan banjir aliran puing di Baling itu adalah berpunca tanaman Musang King.
Saya harap perkara (taklimat) ini dapat memahamkan penduduk bahawa sebaran sebelum ini tentang (projek) musang king dan lain-lain adalah usaha untuk memesongkan fakta dan hakikat sebenar kejadian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Abd Nasir Idris (PAS-Bayu) mengenai usaha berterusan kerajaan negeri memberi penjelasan tentang persepsi salah punca banjir puing di Kampung Iboi, Baling.
#PrezCom