
Kuala Lumpur, 4 September 2023, 04.00 petang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan ratusan hadirin di Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram malam tadi dan menyatakan bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya perlembagaan dipertikaikan. Apa yang beliau maksudkan adalah prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam tidak boleh dipersoalkan. Beliau menasihatkan semua pihak terutama pihak pembangkang agar tidak membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, memahami Perlembagaan penting supaya isu sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan tidak dipersoalkan. Namun ramai yang tidak memahami sejarah Perlembagaan dan isi kandungan terutamanya perkara sensitif menyebabkan masyarakat tinggal dengan prasangka. Lebih berbahaya jika melibatkan prejudis antara kaum yang boleh mencetus pelbagai perkara negatif. Isu-isu sensitif membabitkan agama, kaum, hak keistimewaan dan institusi diraja di negara ini mampu menyumbang kepada perpecahan. Pendekatan yang digunakan tampil dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Walaupun tidak lagi berbentuk kekerasan atau mengangkat senjata tetapi muncul dalam bentuk perang media. Pendekatan propaganda dan strategi memenangi hati kumpulan sasaran melalui media sosial boleh mempengaruhi sesiapa sahaja yang terdedah dengan maklumat berkaitan. Isu sensitif terutamanya membabitkan perkauman cuba dieksploitasi oleh kumpulan ekstremis dan pengganas.
6 Sebab Mengapa Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan?
1. Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
2. Menjaga keharmonian kaum.
3. Melicinkan pentadbiran negara.
4. Membentuk identiti negara.
5. Melindungi hak istimewa orang Melayu.
6. Memelihara kedaulatan Institusi Beraja.
5 Sebab Mengapakah Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipersoalkan?
1. Menghormati ketuanan Melayu.
2. Memelihara martabat Raja-Raja Melayu.
3. Menjaga keharmonian kaum.
4. Menjamin hak asasi penduduk.
5. Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada umum.
6. Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “Parti pembangkang sekarang, ketika memerintah negara sebelum ini tidak melakukan sebarang perubahan walaupun berkuasa dengan janji dan slogan yang kononnya menekankan ‘Islam dan Melayu’. Adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik? Adakah rasuah berkurangan? Adakah amalan sakau harta rakyat berkurangan? Tidak ada. Yang banyak hanya slogan. Jadi, tak usahlah gunakan ia untuk takutkan orang Melayu,” tegasnya. Keadaan amat berbeza di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan yang akan terus mempertahankan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, beliau tidak kisah dicerca atau dimaki namun beliau tetap berazam menjadikan Malaysia sebuah negara ekonomi hebat di rantau ini. “Makilah saya macam mana sekali pun, kamu cerca dan hina saya macam manapun. Bukan baru, 25 tahun saya dihina. Saya tak kisah,” katanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berharap penduduk Simpang Jeram dapat memberi sokongan padu kepada Nazri untuk menjadi wakil rakyat bagi menguatkan lagi kerajaan negeri sekali gus membantu mempermudah usaha memacu pembangunan di kawasan itu. “Pastikan Nazri menang selesa. Angkat Nazri biar dia kerja, biar kita pantau, biar dia pastikan Johor dan Kerajaan Persekutuan bantu orang di Simpang Jeram,” katanya.
Perlu ditegaskan, jangan wujud sebarang pihak di negara ini yang cuba mengeksploitasi isu agama, perkauman, hak-hak istimewa dan institusi diraja. Perkara ini akan memberi ruang dan peluang pihak berkepentingan untuk mencetus pergaduhan dan menyemarakkan aktiviti mengganas dan mencetuskan serangan. Ini kerana, hasil risikan dan maklumat suspek kumpulan militan Negara Islam (IS) yang ditangkap oleh pihak keselamatan sebelum ini, mendapati wujud cubaan untuk melancarkan serangan susulan isu-isu perkauman dan agama yang dipermainkan.
#PrezCom