
Kuala Lumpur, 3 September 2023, 4.41 petang.
Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke, berkata, tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.
Sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing. DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing. “Peruntukan dalam perlembagaan DAP ialah beberapa perkara asas yang menjadi kebimbangan kepada orang Melayu sudah saya jelaskan.”
“DAP mendokong prinsip terbabit termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan sendiri, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutama apabila membentuk Kerajaan Perpaduan.” katanya selepas Ceramah PH di Wisma DAP, di sini, malam tadi.
“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, “Tetapi apa yang penting pada hari ini, kita membentuk Kerajaan Perpaduan, bekerjasama atas parameter dengan paling penting kita mengangkat dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.”
Menurut Loke lagi, di kawasan beliau (Parlimen Seremban) dengan pengundinya adalah majoriti Melayu, tetapi beliau tetap menang, jadi tidak timbul DAP tak boleh mendapat sokongan Melayu. “Rakyat akan menilai bukan dari segi ideologi parti masing-masing tetapi gerak kerja kita, trek rekod berkhidmat di kawasan itu.” Loke berkata, perkara itu sepatutnya tidak perlu diungkit lagi atau mencipta polemik yang mana boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, supaya DAP menggugurkan tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ dan menggesa komponen PH menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.
Mengikut catatan sejarah, draf awal Perlembagaan Persekutuan dibentang Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada 21 Mac 1956 adalah berbentuk sekular, namun selepas mendapat bantahan pemimpin Melayu dan golongan pembesar ketika itu, kedudukan raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu mula dimasukkan sebagai kerangka penting Perlembagaan serta dipertahan hingga kini.
Pengamal undang-undang yang juga penganalisis politik, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata DAP terus memperjuangkan bahawa Perlembagaan asal negara ini sekular dan ia sama seperti matlamat yang digariskan dalam perlembagaan parti itu. “DAP sebenarnya mahu meminda Perlembagaan Malaysia balik semula kepada sekular. Hujahlah bagaimana pun, DAP tetap mahu pemerintahan sekular. Matlamat DAP untuk ‘memulihkan’ Perlembagaan negara supaya menjadi sekular sama seperti draf awal Perlembagaan yang dirangka sebelum 1957 antara sebab pihak tertentu menuntut parti itu meminda perlembagaannya, sekali gus ia dapat meyakinkan kembali orang Melayu kepada DAP.
Pengertian sekular DAP ialah kesamarataan dalam semua perkara termasuk agama dan 18 matlamat (dalam perlembagaan DAP) itu jelas,” katanya mengulas gesaan pihak tertentu yang meminta DAP meminda perlembagaannya bagi memulihkan sokongan Melayu.
Mengulas mengenai Malaysia Malaysian pula, Shamsuddin berkata, konsep itu perlu dinilai dan disoroti sejak dari mula ia digagaskan oleh mendiang bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew. “Manifestasi perjuangan Kuan Yew waktu itu diterjemahkan dalam Perlembagaan Singapura apabila (negara itu memutuskan) keluar dari Malaysia pada 1967. ‘The Constitution of the Republic of Singapore’ secara jelas meletakkan Melayu sebagai kaum minoriti yang mendapat perlindungan kerajaan kerana Melayu adalah ‘the indigenous people’ (penduduk asli atau pribumi). “Untuk (konsep) sama rata, bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris adalah bahasa rasmi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perjuangan Kuan Yew itu diteruskan oleh DAP,” sungguhpun konsep Malaysia Malaysian itu tidak dizahirkan secara verbatim dalam perlembagaan DAP, namun amat jelas seperti terkandung dalam matlamat parti itu yang digariskan dalam Fasal II perlembagaannya.
“Antara yang ketara ialah matlamat mengembalikan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka sekular yang asal. Sama ada DAP mendapat sokongan orang Melayu atau tidak, itu soal politik. Menurut Shamsuddin lagi.
Justeru, Shamsuddin berkata, jika mahu dihujahkan sama ada perjuangan DAP itu bercanggah atau tidak dengan Perlembagaan Persekutuan, ia perlu dilihat dalam matlamat perlembagaannya. “Antara yang ketara ialah matlamat mengembalikan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka sekular yang asal. Sama ada DAP mendapat sokongan orang Melayu atau tidak, itu soal politik. “Mungkin ada yang menyokong sebab pada mereka, Melayu mereka tidak terjejas, mereka tetap Islam dan mungkin atas sebab lain. Kepada yang tidak menyokong DAP, juga ada alasan masing-masing,” katanya.
#PrezCom