Kuala Lumpur, 2 September 2023, 9.30 pagi.

Fokus utama Belanjawan 2024 dalam menangani beban kos sara hidup bukan hanya setakat menurunkan harga barangan semata-mata, tetapi bagaimana untuk menaikkan gaji pekerja serta meningkatkan pendapatan perniagaan di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim berkata, usaha memperkasakan golongan itu adalah kesinambungan Belanjawan 2023 lalu yang memfokuskan kepada ekonomi rakyat. Antara perkara utama yang kita mahu tangani dalam masa terdekat adalah bagaimana untuk memperkukuhkan ekonomi golongan M40 kerana golongan inilah yang paling banyak terjejas semasa pandemik lalu dan salah satu fokus utama adalah memperkasakan mereka.

“Oleh itu, fokus utama Belanjawan 2024 dalam menangani beban kos sara hidup bukan hanya setakat menurunkan harga barangan semata-mata, tetapi bagaimana untuk menaikkan gaji pekerja serta meningkatkan pendapatan perniagaan di negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Belanjawan 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini.

Dalam pada itu, Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, pemerkasaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut diperhebat bagi membantu menjana ekonomi negara.

Dalam siri jelajahnya sebelum ini, “Justeru itu kita menetapkan pelaburan langsung dosmetik (DDI) sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana julah pelaburan di negara ini. Beliau menerima beberapa aduan yang mana usahawan tempatan dilihat sebagai kelas kedua susulan kerajaan memfokuskan pelaburan langsung asing (FDI) yang membuatkan mereka rasa terabai. Kerajaan merancakkan usaha meningkatkan kebajikan serta taraf hidup golongan M40 menerusi Belanjawan 2024 yang dijadualkan dibentang di Parlimen, bulan depan.

“Justeru, kita menetapkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara. Dalam mengejar FDI yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, pada masa sama kita tidak boleh mengabaikan pelaburan usahawan setempat,” katanya.

Kerajaan merancakkan usaha meningkatkan kebajikan serta taraf hidup golongan M40 menerusi Belanjawan 2024 yang dijadualkan dibentang di Parlimen, bulan depan.

Seramai 300 individu terdiri daripada penjawat awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkongsi pandangan dan idea bagi memastikan penyediaan Belanjawan 2024 lebih menyeluruh sekali gus memenuhi hasrat segenap lapisan masyarakat. Sesi libat urus dengan kerajaan negeri bagi mengumpul input berhubung Belanjawan 2024 telah bermula dengan negeri Melaka terlebih dahulu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata jelajah dan sesi dialog ke negeri-negeri telah disusun dan dijangka akan mengambil masa selama sebulan. “Saya berharap rakyat dapat memberikan pandangan dan cadangan melalui portal di Kementerian Kewangan bagi Belanjawan 2024,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Melangkah Bersama Peniaga Wanita B40, katanya pada 20 ogos 2023 lalu di Johor Bahru.

#PrezCom