
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2023, 02.08 pm. Industri seni memainkan peranan dalam membantu menyemai semangat cintakan negara sekali gus dapat mencorak masa depan yang lebih baik untuk anak muda. Menerusi seni, semangat kemerdekaan dapat dibangkitkan dengan lagu-lagu yang menaikkan semangat patriotik, pengisian acara dan program yang berkaitan serta melibatkan pelbagai jenis bangsa yang boleh terlibat. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, industri seni kreatif adalah pemangkin kepada penyatuan bangsa dan dapat meletakkan asas kemerdekaan pada satu aras yang harmoni seiring dengan keunikan Malaysia. Menurutnya lagi, menerusi seni, semangat kemerdekaan dapat dibangkitkan dengan lagu-lagu yang menaikkan semangat patriotik, pengisian acara dan program yang berkaitan serta melibatkan pelbagai jenis bangsa yang boleh terlibat. Seni bukan saja menyatukan budaya malah memainkan peranan dalam memastkan kejayaan sesebuah negara dalam mewujudkan satu identiti kebangsaan dan ia juga merupakan wadah pembentukan budaya nasional.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Sarawak, Tony Eusoff, 46, berharap sudah masanya generasi hari ini mengenang kembali perjuangan yang dilakukan pemimpin terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan. Beliau merasa sangat bertuah kerana di lahirkan di Malaysia. Pada pandangan beliau tidak ada negara yang lebih bagus selain Malaysia. “Memang tak semua negara sempurna. Saya rasa Malaysia diberkati dengan banyak perkara baik seperti sumber alam dan orang kita yang baik dan sukakan keamanan. Kalau ada masalah kita cuba tangani dengan aman,” katanya. “Saya rasa negara kita sahaja yang boleh merdeka dengan aman tanpa pertumpahan darah. Semoga kita semua akan selalu mengingati kembali jasa pejuang kemerdekaan sebelum ini.
Pelakon dan penyanyi, Dr. Soo Wincci pula berkata, setiap anak seni mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda terutama di zaman media sosial ini. “Untuk menyemai rasa cinta dan penyatuan itu bukan mudah. Kita sendiri perlu turun padang dan memastikan setiap apa yang kita lakukan termasuk kandungan di media sosial memberi impak positif. “Kita perlu sedar peranan itu. Menjadi anak seni ini mungkin nampak seronok dan mudah, tetapi sebenarnya bila kita faham dengan tanggungwajab sebagai idola itu, kita akan berusaha memberi yang terbaik,” katanya. Masih banyak kita perlu tambah baik dalam kalangan Masyarakat. Perlunya ada sikap percaya dan menghormati dalam kita menuju ke arah masyarakat Madani,” katanya lagi. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni ‘Unity’ di Shoppes Four Seasons Place, pada 3 Februari 2023 yang lalu.
Ketika era terdahulu, seniman Tan Sri P Ramlee yang serba boleh, berjaya meninggalkan kesan di hati rakyat Malaysia daripada semua latar belakang menerusi beberapa filem arahan dan lakonan beliau membabitkan isu semangat kemanusiaan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan masyarakat berbilang bangsa. Lagu dan muzik adalah satu lagi saluran artistik yang membantu proses membentuk hubungan antara kaum. Allahyarham Sudirman Haji Arshad juga adalah seorang yang cuba menggalakkan keharmonian antara etnik menerusi muziknya. Hari ini, ada ramai penyanyi dalam kategori itu seperti Yuna, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor, yang berjaya melangkaui sempadan perkauman. Ada juga artis visual dan grafik yang turut berusaha untuk membina perhubungan antara komuniti. Lat, kartunis paling terkemuka negara adalah yang terulung antara mereka. Allahyarham Ismail Hashim pula adalah seorang jurugambar yang kerap menghasilkan karya menggambarkan usaha mewujudkan perpaduan dan persefahaman.
#PrezCom