
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023, 01.10 petang. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah raja. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun pada ketika itu.
Tunku mendapat pendidikan pertama pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Tunku menggunakan bahasa Siam di rumah dan beliau belajar bahasa Melayu di sekolah. Seorang guru ditugaskan untuk datang ke rumah untuk mengajar Bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan dalam aliran Bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Tunku memohon cuti untuk menyambung belajar selama 18 bulan dan diatur untuk kembali ke England bagi melanjutkan Pengajian Undang-Undangnya. Beliau tiba di Liverpool pada 27 Disember 1946 dan mengembara dengan kereta api ke London, dan kekal di sana selama 18 bulan. Apabila Tunku lulus semua peperiksaan Undang-Undangnya, Tunku belayar kembali ke Tanah Melayu pada bulan Januari tahun 1949. Beberapa hari kemudian, beliau memberitahu Setiausaha kepada Kerajaan untuk memaklumkan kepada umum bahawa beliau kini menjadi peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan. Tunku diarahkan untuk melaporkan diri kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama berkhidmat di antara tahun 1955 hingga 1970. Beliau merupakan Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga 1957. Kerja-kerja beliau adalah rutin dengan menghabiskan masa untuk membaca fail-fail kes Timbalan Pendakwa Raya. Beliau menyelia proses kemerdekaan yang memuncak pada 31 Ogos 1957 dan atas sebab inilah beliau mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan atau Bapa Malaysia.
11 Fakta Tunku Abdul Rahman Yang Ramai Tidak Tahu. Terutamanya Nombor 6.
Tarikh 8 Februari 2015 menandakan ulang tahun kelahiran ke-112 buat Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Sempena dengan itu, kami bawakan kepada anda beberapa fakta sepanjang kehidupan Tunku yang mungkin ramai tidak tahu sebelum ini.
1. Anak lelaki yang ke-14 dan anak yang ke-20 kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
2. Pelajar pertama menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge, England.
3. Memohon untuk tinggal di Kolej tetapi ditolak kerana warna kulitnya. Pihak Universiti akhirnya menawarkan tempat tinggal di Kolej hanya selepas menyedari beliau merupakan anak Sultan Kedah.
4. Menduduki peperiksaan bar pada tahun 1930 tetapi gagal. Hanya selepas 9 tahun beliau akhirnya lulus.
5. Dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya empat perkahwinan di mana hanya tiga sahaja yang disahkan secara rasmi.
6. Dilantik menjadi Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (Asian Football Confederation, AFC) yang pertama pada tahun 1958.
7. Pengerusi akhbar The Star pada tahun 1977.
8. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan lumba kuda.
9. Malaysia adalah tiga kali ganda lebih kaya berbanding Korea Selatan dan tidak jauh di belakang Jepun, Singapura dan Hong Kong di bawah pemerintahannya
10. Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1963, setahun selepas Merdeka. Sebelum itu, jawatan beliau adalah Ketua Menteri Malaya.
11. Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun
Tunku benar-benar memberi inspirasi kepada cita-cita yang ingin kita capai sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang harmoni. Legasi Tunku Abdul Rahman akan terus hidup di jiwa rakyat dan bergabung menjadi satu bangsa dan budaya di Malaysia. Terima kasih Tunku.
#PrezCom