Ipoh, 28 Ogos 2023 10.40malam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon telah mengesahkan menerima panggilan yang melaporkan kejadian orang jatuh bot dikawasan Pantai Peranginan Teluk Batik, Seri Manjung, Perak. Pihak Polis Daerah (IPD) Manjung juga telah mengeluarkan Siaran Media melaporkan dan mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 10.50 pagi tadi. Hasil siasatan mendapati sebuah bot pelancong bagi aktiviti rekreasi yang dinaiki seramai tujuh (7) orang penumpang yang berumur antara 3-34 tahun dan termasuk dua krew bot telah terbalik di persisiran pantai. Siasatan awal juga mendapati kesemua penumpang bot tersebut tidak memakai jaket keselamatan dan pengusaha bot tersebut juga tidak didaftarkan.

Dua daripada penumpang yang lemas yang berada dalam keadaan kritikal dan salah seorangnya adalah orang kurang upaya telah dibawa ke hospital seri manjung dan ditempatkan di zon merah. Kes akan disiasat oleh Jabatan Laut Daerah Manjung dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952

#PrezCom