
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2023. 12.30 pm. Belum lagi Exco di lantik, sudah terdengar kata-kata tidak puas hati dari pihak PARTI PERIBUMI BERSATU (PPBM) mengenai agihan jawatan Exco di Negeri Kedah. Apakah sedang berlaku percakaran didalam parti komponen PN? PPBM tidak berpuas hati dengan PAS kerana agihan jawatan yang tidak adil? Difahamkan isu berkenaan tercetus apabila hanya tiga jawatan Exco diperuntukkan kepada parti berkenaan berbanding lima jawatan sebelum ini. Pelantikan barisan Exco kerajaan negeri akan berlangsung pada hari ini di Istana Anak Bukit. Adakah BERSATU akan membuat bantahan kepada PAS? Sumber dalaman BERSATU melahirkan kekesalan apabila hanya tiga wakil parti itu bakal dilantik ke jawatan Exco selepas menyumbang 11 kerusi dalam kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kedah pada 12 Ogos lalu. Menurut sumber, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad dijangka dilantik semula ke jawatan EXCO, selain dua muka baharu dari BERSATU. Dua lagi ADUN mewakili BERSATU yang akan dilantik itu berkemungkinan besar adalah Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Datuk Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan).
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor sebelum ini memaklumkan wakil tunggal parti GERAKAN yang menang dalam PRN di Kedah boleh dilantik sebagai Exco kerajaan negeri. Mungkinkah disebabkan pemberian satu jawatan kepada parti GERAKAN maka ia telah mengurangkan jumlah jawatan yang sepatutnya diberi kepada PPBM? Sanusi berkata Wong Chia Zhen adalah wakil dari parti yang memenangi Kerusi di DUN Kulim oleh itu jawatan untuknya akan dipertimbangkan untuk mengisi portfolio bersesuaian. Sebelum ini BERSATU mempunyai lima wakil dalam senarai EXCO. Selain Halimaton, empat lagi adalah Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, Datuk Azman Nasrudin, Mohd Firdaus Ahmad dan Dr Robert Ling Kui Ee. Bagaimanapun Ku Abd Rahman dan Azman tidak bertanding pada PRN lalu, apabila masing-masing menang kerusi Parlimen Kubang Pasu dan Padang Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Firdaus dan Dr Robert pula tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu, begitu juga Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat.
Sumber dalam BERSATU berkata, “Kami sangat kecewa dan kesal apabila dimaklumkan hanya diperuntukkan tiga jawatan EXCO sedangkan pada penggal lalu, kami diberikan lima jawatan termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. “Kami tidak mahu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu apabila hanya masing-masing satu jawatan EXCO diberikan kepada wakil BERSATU, sedangkan kami sama-sama bekerja untuk PN di negeri terbabit,” katanya kepada Berita Harian. Empat EXCO kerajaan negeri digugurkan daripada senarai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah yang dibarisi 23 muka baharu.
DIdalam petikan dari Berita Harian, Empat bekas EXCO daripada BERSATU itu termasuk dua yang menolak dicalonkan semula iaitu selepas dilantik Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Datuk Azman Nasrudin masing-masing penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak dan Lunas.Dua lagi EXCO yang digugurkan ialah Firdaus Ahmad yang juga penyandang kerusi DUN Kuah, selain Dr Robert Ling Kui Ee selaku penyandang DUN Sidam. Baki enam lagi EXCO dikekalkan iaitu Datuk Mohd Hayati Othman (Tokai), Datuk Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang), Datuk Najmi Ahmad (Kupang), Datuk Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Munir Zakaria (Kuala Nerang).
Petugas media pada awalnya turut dimaklumkan bahawa Bersatu Kedah akan mengadakan sidang media berkaitan ketidakpuasan pelantikan Exco di Pejabat mereka. Bagaimana pun sidang media terbabit dibatalkan pada saat-saat akhir. Sama-sama kita nantikan apakah akan berlaku mengenai isu jawatan Exco di Negeri Kedah ini? Adakah BERSATU akan mendapat lebih dari tiga jawatan seperti yang mereka tuntut atau hanya kekal dengan tiga jawatan sahaja sepertimana yang di peruntukkan oleh PAS kepada BERSATU.