
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2023, 11.30 am. Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara yang digerakkan di peringkat persekutuan memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan. Hari Kebangsaan merujuk kepada merdekanya sebuah negara Malaysia yang pentadbirannya ditunjangi kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri. Untuk itu sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri dibuat sebagai kebersamaan dalam sebuah negara. Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadhil, mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023. Tema ini mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera. Ini juga didokong dengan konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.
Persoalan yang timbul kini adalah mengapa Parti Perikatan Nasional (PN) tidak menggunakan tema dan logo yang sama agar ianya selari dengan dengan Kerajaan Persekutuan? Pemuda Perikatan Nasional (PN) melancarkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di ibu pejabat Pas semalam . Tema yang dipilih adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ berbanding tema Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’. Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, semalam. Menurut Fadhli Shaari, “Logo ini adalah untuk sambutan rasmi Hari Kebangsaan PN sama ada digunakan dalam ucapan pimpinan (PN), khususnya peringkat Pemuda dan parti yang bernaung di bawah PN,” katanya pada sidang media pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di ibu pejabat Pas semalam.
Ditanya sama ada tindakan menggunakan logo serta tema berbeza itu dilihat sebagai tindakan PN mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan, Ahmad Fadhli yakin rakyat boleh menerima tindakan seperti itu yang dicerminkan dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, bahawa rakyat menerima langkah politik daripada PN,” katanya.
Didalam satu petikan akhbar ( Sinar) Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan dikeluarkan Ahmad Fadhli itu berbaur hasutan kepada rakyat di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu untuk membangkitkan perasaan kebencian terhadap kerajaan Persekutuan. Menurutnya, siasatan boleh dibuat sama ada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia. Langkah Pemuda PN yang melancarkan logo dan tema tersendiri itu menunjukkan sikap kurang patriotik dalam kalangan parti PN. Menurut Muhammad Faiz Fadzil Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara dan pentadbirannya ditunjangi kerajaan Persekutuan oleh itu ia perlu dilancarkan bersama walaupun berlainan idealogi politik.
Menurut Faiz Fadzil lagi, kemenangan PN di tiga negeri baru-baru ini bukanlah manifestasi mutlak rakyat Malaysia menyokong PN. Beliau merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh Ketua Pemuda PN itu bahawa rakyat boleh menerima tindakannya itu sepertimana yang di cerminkan dalam keputusan Pilihanaya Negeri (PRN)-15 lalu. Kemenangan PN di tiga buah negeri itu tidak semestinya mewakili semua rakyat di seluruh Malaysia. Ini kerana katanya, Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga menang di tiga negeri yang lain. Malah beliau berkata, undi popular PH dan BN mengatasi PN dengan gabungan PH-BN memperoleh undi sebanyak 3,399,473 manakala PN sebanyak 3,382,454 undi. Mengapa apabila PN berceramah dengan penyokongnya merayu peruntukan dana daripada kerajaan Persekutuan dan mempersoalkan semangat federalisme kerajaan pusat tetapi pada masa yang sama tidak menghormati semangat federalisme yang dilaungkan meminta peruntukkan dari Kerajaan Persekutuan tetapi tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan?
Memetik petikan dari portal Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital ,YB Fahmi Fadzil berkata beliau tidak mahu ada perbezaan berlaku yang akan mewujudkan jurang serta mewujudkan suasana tidak bersatu padu. Sambutan Bulan Kebangsaan bukan bersifat politik, sebaliknya ia adalah sambutan yang diadakan di peringkat negara.
Sambutan Bulan Kebangsaan bukan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana parti politik sekalipun kerana sambutan ini adalah untuk kita semua ‘Rakyat Malaysia,’ Sekiranya tahun ini sambutan ini masih dipolitikkan dan negara kita menyambut merdeka dengan dua tema yang berbeza maka mungkin tema yang lebih tepat adalah ‘Dua Jiwa Satu Hati’.
#PrezCom